Firman ALLAH SWT;
"Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang -orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (tinggal menetap) di dalam syurga-syurga yang penuh nikmat. (Di antaranya) SEKUMPULAN BESAR dari umat-umat manusia yang TERDAHULU; dan SEBILANGAN KECIL dari orang-orang yang datang KEMUDIAN." [Al-Waqi'ah 56: 10-14]
Sebilangan kecil daripada orang-orang yang datang kemudian? Saya adalah antara golongan ini. Ia pasti sukar tetapi tidak mustahil.
Kenapa? Peratusan besar mereka yang menghuni dunia dan sedang menjalani kehidupan sekarang sangat-sangat tidak berminat untuk menjadi golongan terpilih. Kehidupan dunia dilihat sebagai perhiasan yang sangat cantik dan menarik.
Sekali lagi, kenapa?
1) Berapa ramaikah yang solat Subuh berjemaah di masjid? Ia bilangan yang sangat sedikit.
2) Apabila Allah menimpakan sedikit ujian banjir, ramai yang gagal ke masjid. Lebih teruk lagi jika ditimpa ujian badan. Allahu akhbar, jika mereka ditahan di hospital, solat 5 waktu pun terabai.
3) Bilangan manusia yang mahu melaksana dan sanggup bangun pada sepertiga malam tersisa sangat sedikit.
Jika mahu menjadi golongan terpilih, kita harus melawan ujian-ujian ini supaya lulus cemerlang.
Saya mohon dengan rahmat-Mu ya ALLAH, berikanlah ku kekuatan dan ilham agar daku dapat berusaha untuk termasuk dalam golongan yang terpilih. Ampunkan dosaku dan terimalah taubatku Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.....allahumma amiin.
Tuesday, March 11, 2014
MAMPUKAH KITA untuk menjadi salah seorang daripada umat yang terpilih?
Posted by shaziera87 at 3:46 AM 0 comments
Saturday, March 8, 2014
Damai Sekeping Hati
Betapa daku terlalu mendambakan sekeping hati yang damai, tenang dan patuh pada-Nya. Hati yang dipenuhi dengan rasa cinta hanya kepada ukhrawi dan tidak pada duniawi. Hati yang penuh dengan rasa cinta pada Nabi SAW dan ALLAH SWT...
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
Justeru, diri ini perlu sentiasa memuhasabah diri, mengubah langkah agar hari-hari yang dilalui terisi. Terisi dengan sesuatu yang boleh membawa ketenangan pada hati.
Posted by shaziera87 at 12:16 AM 0 comments
Sunday, May 5, 2013
Rahsia hati hanya ALLAH yang tahu...
"Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata buruk padahnya."
Kerana dia anak lelaki, aku dipersalahkan. kerana dia anak lelaki manja, aku harus mengalah. kerana dia mudah sensitif, semua orang perlu menjaga hatinya.
Hati yang satu ini dibiarkan hancur lumat, dipijak2kan, dituding2kan...sedangkan hati yang satu ini juga punya perasaan. Hati yang satu bertahan sudah lama namun jika berlebihan hati yang satu ini juga pasti akan tawar, hilang derianya...
Jika kehadiran seorang anak seperti ini hanya tau memecahbelahkan keluarga, jika kehadiran seorang anak ini hanya tahu bersikap kurang ajar dengan adik beradik, jika kehadiran seorang anak ini hanya melukakan hati ibu bapa maka kenapa anak ini perlu dibiarkan ada dalam keluarga itu????
Saya tahu apa yang saya buat, jika semuanya hanya nampak salah saya, tidak mengapalah. Anak ini sudah letih menjaga hati mereka-mereka semua sehinggakan anak ini mengabaikan hatinya sendiri. Kini, tibalah masanya untuk anak ini menjaga hatinya lebih dari hati-hati yang lain. Biarkan anak ini hidup bersendirian andai itu mampu mengubah segalanya. Andai kehilangan ini mampu mengembalikan sebuah kebahagiaan, aku rela....
Biar mereka semua mencemuhku, biar mereka semua mempersalahkanku..andai diri keseorangan masih ada disisi. DIA tidak pernah lari. Andai hilang sebuah keluarga, ak redha kerana aku yakin ALLAH sentiasa di sisiku...
Minta maaf pada mek ayah yang telah banyak bersusah payah membesarkanku. Aku sentiasa mendoakan kalian dari jauh namun hati ini tidak ingin kembali ke kampung lagi..Demi sebuah kebahagiaan, senyuman, anak ini rela mengorbankan diri. Hidup merantau tanpa ahli keluarga di sisi. Itu janji pada diri.
Posted by shaziera87 at 7:12 PM 0 comments
Thursday, December 30, 2010
Takkan ku biarkan mereka senasib denganku..
Buat adik-adikku...[ema, eja + bashir]
InsyaAllah, kak berjanji pada diri sendiri..kak takkan biarkan kalian mengalami nasib yang sama dengan kak. Kak akan berusaha sedaya upaya agar kalian tidak hidup susah macam kak. Belajar dalam keadaan wang yang selalunya yang tidak mencukupi kadang-kadang amat memenatkan. tambahan pula dengan masalah keluarga yang tidak pernah surut. Bukan niat mengeluh dengan takdir yang telah ditetapkan tetapi kak bertekad tidak akan membiarkan kalian merasainya lagi.
Kak sanggup tidak berkahwin asalkan kita semua bahagia. Perasaan itu sudah tidak wujud lagi dalam hati kak. Bukan tidak mahu menurut sunah Nabi tapi Allah lbeh tahu segala-galanya. Mek, Ayah dan kalian lebih penting bagi kak buat masa sekarang. Masa depan kak itu perkara kedua..
Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui isi hatiku dan Engkau lbh mengetahui apa yang terbaik untukku..Aku berlindung dengan-Mu dan berilah ku petunjuk yang baik di mana jua ku berada dan bantulah aku ya Allah..amin.
Posted by shaziera87 at 3:55 PM 0 comments
Thursday, December 16, 2010
IF I LUV MYSELF...
1. FIZIKAL
----> kena jaga kesihatan diri sendiri agar terhindar daripada segala penyakit yang berbahaya, kelesuan, keletihan dan seumpamanya.,
a) sampai bl nk bergantung pd ubat allergic??bukan ke mencegah lebih baik drpd mengubati??sooo??? berikut disenaraikan makanan2 yang wajib dielakkan untuk tahun hadapan..
--> telur/sotong/udang/ketam/ikan bilis/kacang panjang/ikan aya/kerang/seafood len2/kambing
berpantangla sebaik2nya, kita tengok hasilnya nanti...sape yang tak berdisiplin maka dia x sayang diri dia sendiri..sengaja xnak kulit cantik..berkudis sana sini..macam katak puru..
b) jaga kebersihan muka..bukan nak suh nampak cantik bagi orang laki suka tetapi sunat tau menjaga bahagian muka...soo??
--> kena start pakai pencuci muka + toner + pelembab mengikut time..(pagi + malam). gunakan spounge yang dbeli. membazir duit je kalo x guna..rm35 tu beb!!!! x malu ke muka penuh dengan blackhead, parut jerawat, bintik2...ishhh..seganla..biar la org ckp, "eleh jage muka saje x guna tp bhgn badan laen berkerutu"..abaikan..tp still kena jge bhgn tbh bdn yang laen..
c) minum air masak banyak2...minum air masak sebelum tido + selepas bangun tdo b4 gosok gg..telan je dgn air liur basi..memang rser geli tp SANGAT BAIK UNTUK KESIHATAN...
d) jaga kebersihan gg..kuning je..gosok gg tiap2 pagi, lpas mkn & sblm tdo..x malu ke???dhla jongang pastu gg kuning plak tu...MALU SEYH...
e) jaga penampilan..janganla selekeh sangat..pkiaq sama org akn ckp ap bl tengok penampilan kita..jadikan mai + dila sebagai role model. dulu diorang selekeh je tp dr semasa ke semasa semakin menunjukkan kemahiran dalam menjaga penampilan diri...kena pandai pilih + match baju ngan tudng @ seluar...
2) ROHANI
---> apa yang penting, jangan biarkan diri ketandusan ilmu..sentiasa update ilmu2 yang BERMANFAAT dengan memperbanyakkan bacaan spt ILI, SOLUSI, MOTIVATION BOOK, BLOG2 dsbgainya...
a) sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta..
" selangkah kita menuju ke arah-Nya, seribu langkah DIA mendekati kita"
b) banyakkan berzikir, kurangkan bercakap perkara2 yang membosankan..
c) kena pandai berkawan dan jangan silap memilih kawan!!
d) baiki solat..tingkatkan kekhusyukan dalam solat semoga Allah melindungi kita daripada melakukan perkara maksiat dan dosa2 lain..insyaAllah
e) bersihkan hati...jaga pandangan/pendengaran/percakapan...
f) banyakkan ibadat sunat....
kesimpulan...
kalo x start sekarang, nak start bila lagi???masa semakin pantas...tidak akan menunggu kita..semoga perubahan yang bakal dilakukan dipimpin oleh Allah S.W.T....
....biar apa orang kata asal ALLAH tak kata....
Posted by shaziera87 at 4:27 PM 0 comments
Tuesday, December 14, 2010
Saya RIndu Rasulullah S.A.W
kadang2 perasaan itu datang...menjengah ke pintu hati..Rasa rindu yang membuak2 untuk berjumpa dengannya. Melihat wajahnya. Memerhatikan tindak-tandukknya..namun, baginda pergi terlalu awal.membiarkan aku terkontang-kanting di dunia yang penuh dengan seribu warna ini. Menggagahkan diri memimpin diri agar tidak terus leka dari duniawi. Namun, terkadang rebah tersungkur tewas oleh nafsu duniawi...
Saya rindu.cinta.kasih dan sayang kepada Baginda. Rindu untuk bersua dengan baginda..Semestinya dunia tidak akan menjadi kacau-bilau, huru hara jika baginda masih ada. Dia pasti akan membimbingku, memimpinku dan menjadi ikutanku untuk mencari cinta yang kekal abadi..Dia pasti menegur kesilapanku, memberi semangat untukku dan menjadi panduan bagiku untuk meneruskan tugasku sebagai khalifah di muka bumi ini..
Ya Allah, kau berikanlah peluang untukku berjumpa dengannya..cukuplah walau sekali..Kau isikanlah rasa cinta dalam hatiku hanya untuk-Mu, baginda Rasulullah dan juga kedua ibu bapa-ku..jangan biarkan cintaku itu dibaziri untuk manusia yang tidak pernah tahu menghargai..ameen.
Posted by shaziera87 at 10:48 PM 0 comments
Monday, December 13, 2010
Biarkan hati berkata-kata...
Aku cuba mendekatkan diriku pada-Nya, namun ia hanya separuh jalan dan begitu sukar untukku istiqamah dalam sesuatu perkara. Aku ingin seluruh hatiku mencintai DIA yang satu, namun begitu sukar untukku menggapainya??Kenapa Ya Allah??Begitu sukar bagiku mendekatkan dan mengisi hatiku hanya untuk-MU??masih banyakkah dosa-dosa ku yang belum diampunkan??
Aku mengeluh bukan kerana aku berputus asa tapi aku mengeluh kerana terasa diriku terlalu lemah di sisi-Mu..Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui setiap apa yang terdetik dan tersembunyi dalam hatiku..Jika perkara itu memberikan kebaikan kepada diriku dan seluruh hidupku, maka Engkau bimbinglah ya Allah...Engkau pimpinlah tanganku menuju hidayah-Mu ya Allah...Jika perkara itu memberi keaiban dan keburukan kepadaku, maka Engkau jauhkanlah ya Allah..Jangan biarkan aku terus hanyut dengan dunia khayalanku..
Sesungguhnya, hanya kepada-Mu aku mengadu dan hanya kepada -Mu aku berserah...Engkau lebih mengetahui segala-galanya, Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik bagiku..dan kepada-Mu aku berserah dan memohon bantuan..peliharalah daku..lindungilah daku ya Allah...Isikan hatiku dengan rasa cinta yang membuak-buak hanya untuk-Mu, Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan juga kedua ibu bapaku..jangan biarkan hatiku terus leka dengan duniawi ini ya ALLAH dan janganlah Engkau biarkan aku mencintai insan yang tidak mencintai-Mu ya Allah..amiin..
Posted by shaziera87 at 4:11 PM 0 comments
