"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi..ameen."(Al-Imran:8)
InsyaAllah, kak berjanji pada diri sendiri..kak takkan biarkan kalian mengalami nasib yang sama dengan kak. Kak akan berusaha sedaya upaya agar kalian tidak hidup susah macam kak. Belajar dalam keadaan wang yang selalunya yang tidak mencukupi kadang-kadang amat memenatkan. tambahan pula dengan masalah keluarga yang tidak pernah surut. Bukan niat mengeluh dengan takdir yang telah ditetapkan tetapi kak bertekad tidak akan membiarkan kalian merasainya lagi.
Kak sanggup tidak berkahwin asalkan kita semua bahagia. Perasaan itu sudah tidak wujud lagi dalam hati kak. Bukan tidak mahu menurut sunah Nabi tapi Allah lbeh tahu segala-galanya. Mek, Ayah dan kalian lebih penting bagi kak buat masa sekarang. Masa depan kak itu perkara kedua..
Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui isi hatiku dan Engkau lbh mengetahui apa yang terbaik untukku..Aku berlindung dengan-Mu dan berilah ku petunjuk yang baik di mana jua ku berada dan bantulah aku ya Allah..amin.
jika saya sayangkan diri saya...apa yang patot saya buatt????
1. FIZIKAL ----> kena jaga kesihatan diri sendiri agar terhindar daripada segala penyakit yang berbahaya, kelesuan, keletihan dan seumpamanya.,
a) sampai bl nk bergantung pd ubat allergic??bukan ke mencegah lebih baik drpd mengubati??sooo??? berikut disenaraikan makanan2 yang wajib dielakkan untuk tahun hadapan.. --> telur/sotong/udang/ketam/ikan bilis/kacang panjang/ikan aya/kerang/seafood len2/kambing berpantangla sebaik2nya, kita tengok hasilnya nanti...sape yang tak berdisiplin maka dia x sayang diri dia sendiri..sengaja xnak kulit cantik..berkudis sana sini..macam katak puru..
b) jaga kebersihan muka..bukan nak suh nampak cantik bagi orang laki suka tetapi sunat tau menjaga bahagian muka...soo?? --> kena start pakai pencuci muka + toner + pelembab mengikut time..(pagi + malam). gunakan spounge yang dbeli. membazir duit je kalo x guna..rm35 tu beb!!!! x malu ke muka penuh dengan blackhead, parut jerawat, bintik2...ishhh..seganla..biar la org ckp, "eleh jage muka saje x guna tp bhgn badan laen berkerutu"..abaikan..tp still kena jge bhgn tbh bdn yang laen..
c) minum air masak banyak2...minum air masak sebelum tido + selepas bangun tdo b4 gosok gg..telan je dgn air liur basi..memang rser geli tp SANGAT BAIK UNTUK KESIHATAN...
e) jaga penampilan..janganla selekeh sangat..pkiaq sama org akn ckp ap bl tengok penampilan kita..jadikan mai + dila sebagai role model. dulu diorang selekeh je tp dr semasa ke semasa semakin menunjukkan kemahiran dalam menjaga penampilan diri...kena pandai pilih + match baju ngan tudng @ seluar...
2) ROHANI ---> apa yang penting, jangan biarkan diri ketandusan ilmu..sentiasa update ilmu2 yang BERMANFAAT dengan memperbanyakkan bacaan spt ILI, SOLUSI, MOTIVATION BOOK, BLOG2 dsbgainya...
a) sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.. " selangkah kita menuju ke arah-Nya, seribu langkah DIA mendekati kita"
b) banyakkan berzikir, kurangkan bercakap perkara2 yang membosankan..
c) kena pandai berkawan dan jangan silap memilih kawan!!
d) baiki solat..tingkatkan kekhusyukan dalam solat semoga Allah melindungi kita daripada melakukan perkara maksiat dan dosa2 lain..insyaAllah
kesimpulan... kalo x start sekarang, nak start bila lagi???masa semakin pantas...tidak akan menunggu kita..semoga perubahan yang bakal dilakukan dipimpin oleh Allah S.W.T....
kadang2 perasaan itu datang...menjengah ke pintu hati..Rasa rindu yang membuak2 untuk berjumpa dengannya. Melihat wajahnya. Memerhatikan tindak-tandukknya..namun, baginda pergi terlalu awal.membiarkan aku terkontang-kanting di dunia yang penuh dengan seribu warna ini. Menggagahkan diri memimpin diri agar tidak terus leka dari duniawi. Namun, terkadang rebah tersungkur tewas oleh nafsu duniawi...
Saya rindu.cinta.kasih dan sayang kepada Baginda. Rindu untuk bersua dengan baginda..Semestinya dunia tidak akan menjadi kacau-bilau, huru hara jika baginda masih ada. Dia pasti akan membimbingku, memimpinku dan menjadi ikutanku untuk mencari cinta yang kekal abadi..Dia pasti menegur kesilapanku, memberi semangat untukku dan menjadi panduan bagiku untuk meneruskan tugasku sebagai khalifah di muka bumi ini..
Ya Allah, kau berikanlah peluang untukku berjumpa dengannya..cukuplah walau sekali..Kau isikanlah rasa cinta dalam hatiku hanya untuk-Mu, baginda Rasulullah dan juga kedua ibu bapa-ku..jangan biarkan cintaku itu dibaziri untuk manusia yang tidak pernah tahu menghargai..ameen.
Sehingga ke saat ini, aku masih belum menemui diriku yang sebenar...Di manakah dia? bilakah dia akan memunculkan dirinya yang sebenar-benarnya? Kesepian, kekosongan, kesunyian dan kesedihan itu masih merantai jiwa. Walaupun pada luarannya, senyuman dan gelak ketawa diukirkan..namun, pada hakikatnya hanya hatiku dan DIA sahaja yang mengetahuinya. Ku cuba sedaya upaya ku mengisi hatiku dengan santapan rohani yang ku rasakan hanya itu yang boleh menutup kelemahanku namun tiada daya..perasaan itu masih bersarang sehingga kini..Aku ingin menjadi seorang wanita yang tidak mencintai dunia, cuba mendekatkan diriku dengan Sang Pencipta, namun semangat itu tidak bertahan lama. Aku mudah digoyah dengan nafsu duniawi.
Aku cuba mendekatkan diriku pada-Nya, namun ia hanya separuh jalan dan begitu sukar untukku istiqamah dalam sesuatu perkara. Aku ingin seluruh hatiku mencintai DIA yang satu, namun begitu sukar untukku menggapainya??Kenapa Ya Allah??Begitu sukar bagiku mendekatkan dan mengisi hatiku hanya untuk-MU??masih banyakkah dosa-dosa ku yang belum diampunkan??
Aku mengeluh bukan kerana aku berputus asa tapi aku mengeluh kerana terasa diriku terlalu lemah di sisi-Mu..Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui setiap apa yang terdetik dan tersembunyi dalam hatiku..Jika perkara itu memberikan kebaikan kepada diriku dan seluruh hidupku, maka Engkau bimbinglah ya Allah...Engkau pimpinlah tanganku menuju hidayah-Mu ya Allah...Jika perkara itu memberi keaiban dan keburukan kepadaku, maka Engkau jauhkanlah ya Allah..Jangan biarkan aku terus hanyut dengan dunia khayalanku..
Sesungguhnya, hanya kepada-Mu aku mengadu dan hanya kepada -Mu aku berserah...Engkau lebih mengetahui segala-galanya, Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik bagiku..dan kepada-Mu aku berserah dan memohon bantuan..peliharalah daku..lindungilah daku ya Allah...Isikan hatiku dengan rasa cinta yang membuak-buak hanya untuk-Mu, Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan juga kedua ibu bapaku..jangan biarkan hatiku terus leka dengan duniawi ini ya ALLAH dan janganlah Engkau biarkan aku mencintai insan yang tidak mencintai-Mu ya Allah..amiin..
Setelah beberapa kali jatuh dan berusaha untuk bangun, ketika itu kita baru tersedar…siapakah yang sentiasa bersama kita tatkala suka ataupun duka. Ketika hati dilanda duka, kecewa, sedih disebabkan oleh tindakan sesetengah insane yang mungkin tidak tahu apa itu erti ‘menghargai’, insan yang sentiasa bersama dan sering member sokongan adalah ibu, ayah, adik-beradik dan juga beberapa orang ‘sahabat’. Mereka tidak pernah sekalipun meninggalkan kita dan yang pasti kasih saying mereka sentiasa bersama kita.
Mungkin itulah hikmah yang ingin ditunjukkan oleh Allah SWT di sebalik setiap musibah yang berlaku. Jangan terus berharap pada sesuatu yang tak pasti. Tinggalkan perkara-perkara yang tidak dapat memberimu kebahagiaan yang hakiki. Hanya kepadaNya kita berharap dan hanya daripada-Nya kita akan beroleh kebahagiaan itu..yakinlah!!! Tiada yang lebih mengetahui apa yang terselindung dalam hati dan benak fikiran kita melainkan DIA. Ya…hanya DIA..
Mungkin orang sekeliling melihat kita seorang yang ‘happy go lucky’, mudah mesra dengan orang, sering ketawa seolah-olah tiada masalah yang melanda dalam diri namun jauh di sudut hati masih ada bebanan yang perlu dipikul dan semua itu hanya DIA yang mengetahui…mungkin kawan-kawan agak ramai tapi mereka hanya kawan dan bukannya sahabat yang boleh menegur dan membawa kita kea rah kebaikan. Pastinya mereka hanya tampil ketika suka dan mereka akan pergi ketika kita berduka. Itu lumrah kehidupan dan harus diterima…
Kini, aku mula mempelajari sesuatu melalui kehidupan yang sementara ini. Seseorang akan cuba rapat atau berbaik dengan kita hanya untuk mendapatkan sesuatu. Sesuatu yang boleh memberi kepentingan padanya. Memang sukar untuk diterima tetapi itulah realitinya. Kawan yang disangka baik, tempat yang boleh diharapkan untuk mencurah luahan hati dan meminta sedikit nasihat dan teguran hanyalah palsu semata-mata. Tidak pernah terfikir bahawa kita hanya dijadikan sebagai alat yang boleh digunakan demi kepentingan sendiri. Memang diakui, diri ini terlalu banyak kelemahan dan kekurangan…terlalu mudah apabila diminta, tiada pendirian tetap, tidak berprinsip dan banyak lagi tapi janganlah dijadikan kelemahan itu sebagai alat untuk diperbodohkan kerana aku juga punya hati dan perasaan seperti kamu.
Kamu akan hadir bila memerlukan sesuatu, dan kamu akan membawa haluanmu setelah kamu sedar tiada apa lagi yang boleh diharapkan denganku. Aku tidak kisah jika yang melakukan itu adalah ‘orang luar’, orang yang tidak kukenali tapi insane itu adalah teman baikku sendiri. Kekesalan, kesedihan, kekecewaan itu pastinya hadir dalam hati ini. Aku sendiri tidak mahu bersyak wasangka denganmu, tidak mahu memikirkan sesuatu yang negative tentangmu tapi apabila perkara itu terlalu jelas pada pandanganku hanya itu yang mampu kuluahkan…KEKECEWAAN DAN KEPEDIHAN. Ternyata engkau juga seperti insan-insan lain yang tidak tahu apa itu erti ‘menghargai’. Mungkin kamu sudah berada di zon selesa [memiliki sesuatu yang tidak mampu aku miliki], itu yang menjadikanmu sebegitu.
Jika ada yang mendengar, maka nasihatku…carilah seorang “sahabat” bukannya kawan walaupun pada dasarnya “sahabat” itu sukar untuk ditemui. Berpegang teguhlah pada janji Allah dan percayalah pada pertolongan-Nya..insyaAllah. Dan buatmu teman, ingatlah bahawa sekali kau membuatku terluka, kamu tidak akan menjumpai diriku lagi untuk hari-hari mendatang. Insan yang kau lihat kini adalah seorang yang memendam rasa dan hipokrit dengan diri sendiri. Walaupun aku sendiri tidak mahu menjadi seperti itu namun itulah realitinya yang harus diterima oleh semua….
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
Kadang-kadang sering terdetik dalam hati jahat...kenapa??kenapa jadi macam ni??kenapa bukan aku??kenapa mesti dia?? Ya ALLAH, kenapa?? persoalan ini bukannye boleh memberikan jawapan sebaliknya soalan inilah yang membunuh hati dan mindaku. Zaman untuk bersedih telah berlalu walaupun tak sepenuhnya tapi ia lebih baik berbanding dulu..Alhamdulillah.
Kini, walau apa pun yang terjadi aku tetap perlu mengorak langkah. Perjuangan masih perlu diteruskan. Lumrah hidup..x sentiasa lancar pasti ada onak duri yang harus direntasi. bak kata pepatah yang dipetik dari seorang kawan..."biarpun sendiri, aku tetap perlu BERDIRI". tetapi, bersendiriankah aku??aku masih punya mak, ayah, kakak, abang, adik2, teman2, sahabat, guru2..mereka ini sentiasa bersamaku meskipun mereka tidak tahu apa yang berlaku pada diriku. Namun, mereka jualah yang menceriakan hari2ku yang penah kunjung malap. seharusnya aku bersyukur kerana masih memiliki mereka dan bukannya aku hidup sebatang kara..alhamdulillah.
kini, aku berjanji pada diri sendiri untuk tidak bersedih lagi. kerana aku yakin janji ALLAH itu benar. semua kesedihan, keperitan, penderitaan yang dialami biarlah aku sahaja yang merasainya dan aku tahu masih ada yang memerhati, mengetahui dan memahami diriku lebih dari sesiapa pun..kerana DIA aku mesti bangkit. Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku..berikanlah aku petunjuk yang baik walau di mana sahaja aku berada dan jadikanlah aku hamba yang redha dengan setiap takdirmu. janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan olehku sendiri dan bimbinglah aku menuju ke jalanMu yang benar. Hanya kepadaMu aku memohon dan berkatilah aku..amin.
CINTA yang AGUNG, adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya, adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia, adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum seraya berkata ‘Aku turut berbahagia untukmu’.Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKANLAH dirimu…biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas. Ingatlah… bahawa kamu mungkin menemui cinta dan kehilangannya tapi ketika cinta itu mati, kamu TIDAK perlu mati bersamanya.
Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?,ketika kita menangis?,ketika kita membayangkan sesuatu?.Itu kerana hal terindah di dunia ini TIDAK TERLIHAT.Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan… Tapi ingatlah…melepaskan BUKAN akhir sebuah dunia, melainkan awal suatu kehidupan yang baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari…dan mereka yang telah mencuba. Kerana MEREKALAH yangboleh menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka…
Orang yang kuat BUKAN mereka yang selalu menang, MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kau buat.
TEMAN SEJATI… mengerti ketika kamu berkata ‘aku lupa..’, menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘tunggu sebentar’. Tetap tinggal ketika kamu berkata ‘tinggalkan aku sendiri’. Membuka pintu meski kamu BELUM menutup dan berkata ‘bolehkah saya masuk?’.
MENCINTAI… BUKANlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN. BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu MENGERTI. BUKANlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu RASAKAN. BUKANlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu BERTAHAN. Lebih bahaya mencucurkan air mata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, sementara air mata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang.
Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang.. Tapi ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang…LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri.Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita, MELAINKAN karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.
Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahwa melepaskan SELALU bererti kamu benar-benar mencintai.MELAINKAN… BERJUANGLAH demi cintamu. Itulah CINTA SEJATI. Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang ‘yang tersedia’. Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang PALING menyakiti hatimu dan kadang kala, teman yang menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari.
"seorang hamba yang terlalu banyak kekurangan dan masih berusaha untuk memperbaiki diri bagi mencapai keredhaanNYA agar diri ini tergolong dalam kalangan hamba-hambaNYA yang beriman..ameen."