CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 30, 2009

Time is Running!!!

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani...

Ari ni dah masuk 14 Muharam 1431 H, maknanya dah 15 hari tahun baru berlalu..cuti sebulan tidak banyak yang dapat dilakukan even untuk menjenguk dan menaip post baru untuk QALBUN SALIM pun tidak berkesempatan. Semester 2 pun baru je bermula..alhamdulillah, pOinter sem lepas walaupun rendah pada sem sebelumnya tapi masih berada pada tahap selesa.

1431????Mungkin satu permulaan bagiku untuk menjadi seorang yang insan yang lebih baik daripada sebelumnya..insyaAllah. Kebetulan hari ini juga adalah hari terakhir bagi tahun 2009. Pastinya tahun 2009 akan berlalu dan tidak mungkin berulang lagi. Terlalu banyak kenangan sama ada pahit, manis, suka, duka, bahagia yang telah dilalui sepanjang 1430 & 2009. Setiap kenangan tersebut pastinya akan menjadi pengalaman yang cukup berharga dan guru yang baik dalam hidupku untuk terus mengorak langkah dalam dunia sementara ini dalam menyempurnakan diri menjadi seorang hamba kepada Penciptanya.

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buatku…dan hanya kepada-Nya aku berlindung kerana Dia adalah sebaik-baik pelindung. Semoga apa yang telah dilalui akan memberi kesudahan yang baik pada akhirnya…amin. Kegagalan lalu pastinya akan menjadi guru terbaik untuk kejayaan pada masa akan datang..insyaAllah.
Sebuah lembaran baru telah dibuka, semoga perjalanan ini terus diberkati dan diredha-Nya. Hijrah ini mudah-mudahan dapat menjadikanku insan yang lebih baik daripada sebelum-sebelumnya dan semOga akan terus diperbaik dari semasa ke semasa…amin. Semoga ujian yang akan datang dapat ditempuhi dengan tabah.

“Ya Allah, kurniakanlah ku keyakinan yang benar-benar mantap untuk meneruskan langkah yang baik ini. Pimpinlah diriku, bantulah diriku dan tunjukkanlah aku jalan yang benar menuju ke syurgaMu. Berikanlah ku kekuatan dan ketenangan yang sebenar-benarnya agar aku dapat mengharungi setiap ujian yang diberikan dengan baik tanpa menjerumuskan aku ke lembah dosa..Nauzubillah. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosaku, kurniakanlah ku kebaikan di dunia & akhirat dan lindungilah aku daripada azab api neraka. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buatku dan sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang ada dalam hatiku, jadikanlah aku hamba yang redha dengan setiap takdir yang ditentukan olehMu dan jadikanlah aku hamba yang bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakan olehMu..Cukuplah Allah bagiku, Engkaulah sebaik-baik pelindung. Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang serta Maha Mendengar…Ampunkanlah dosaku, terimalah taubatku dan perkenankanlah doa hambaMu yang lemah dan hina ini…amin.”

Wednesday, November 18, 2009

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku...=(

Petikan asal: http://ms.langitilahi.com/motivasi-sahabat-jangan-bersedih/

Motivasi: Sahabat, jangan bersedih

Pandangan orang soleh-soleh, kebanyakannya akan bertukar negatif kepada mereka yang berbuat dosa. Amatlah sedikit, orang yang faham agama untuk bertoleransi dan bersabar kepada mereka yang berdosa. Jika tidak menghambur kata-kata nista, paling kurang pun mereka akan menyisihkan sesiapa yang berdosa dalam kehidupan.

Memang, dosa itu jijik. Memang, ingkar kepada Allah itu lebih busuk dari najis. Namun, perumpamaan jijik dan najis itu, hanya untuk diri kita mengajak diri kita menjauhi perbuatan dosa itu. Apabila yang jijik dan yang najis itu melekat pada orang lain, maka apakah yang patut kita lakukan?

Inilah dia post untuk kamu wahai sahabat.

Jangan bersedih. Sesungguhnya pengampunan Allah itu, lebih luas dari kemarahan-Nya.

Tiada manusia sempurna

Tiada manusia sempurna. Selain Rasul dan Nabi, tiada lagi yang maksum selain mereka. Semua manusia melakukan dosa.

Namun, sebaik-baik pembuat dosa, adalah mereka yang bergerak pulang kepada Allah SWT.

Memang, orang akan hina kita, orang akan perli kita, orang akan kata pada kita itu dan ini. Memang sukar berhadapan dengan semua kritikan dan hinaan itu. Namun kita kena tabah.

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sematkan dalam diri kita bahawa, semua kritikan, perlian, hinaan itu adalah balasan terhadap dosa kita. Kita kena bersabar melalui balasan yang Allah beri itu, di samping kita juga bergerak mempertingkatkan diri kita. Jangan kita terfikir untuk membalas hinaan mereka dengan hinaan, atau berfikir untuk berhenti dari perubahan kepada kebaikan.

Kalau kita berhenti, maka kita sebenarnya telah tertipu oleh syaitan yang mati-matian cuba menghalang kita daripada Allah SWT. Tiada manusia sempurna, bila berbuat dosa itu adalah lumrah sebagai manusia.

Namun, apabila kita ini sedar dan berusaha bangkit dari dosa kita, maka kita sebenarnya adalah yang terbaik dari kalangan manusia. Hal ini kerana, kita termasuk dalam golongan yang dicintai Allah SWT.

“Sesungguhya Allah amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri” Surah Al-Baqarah ayat 222.

Dan sedikit kepada yang menghina orang yang berdosa, ketahuilah bahawa anda juga tidak sempurna, dan punya dosa yang perlu diperbaiki. Maka, apa kata dari anda menghina-sisih orang-orang berdosa, anda bersama-sama mereka berpimpin tangan memperbaiki diri ke arah redha-Nya?

Keampunan Allah

Wahai sahabatku yang terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat, bila kita bangkit dan ingin melakukan perubahan, ketahuilah bahawa yang mengampunkan kita adalah Allah SWT, bukan manusia.

Yang menentukan manusia itu kafir atau Islam adalah Allah. Yang mengira dosa pahala adalah Allah. Yang memberikan syurga neraka kepada kita adalah Allah.

Maka, berubahlah memohon keampunan-Nya. Jangan kita hirau pandangan manusia. Kita tidak meminta keampunan mereka. Jangan kita kisah hinaan mereka, bukan mereka yang mengampunkan kita.

Manusia, mereka mudah menyimpan di dalam hati. Tercalar, mereka simpan sampai mati. Bila kita berdosa, mereka sukar menerima kita kerana rasa dikhianati. Tetapi Allah, keampunan-Nya lebih luas dari kemarahan-Nya. Allah, sentiasa membuka pintu taubat-Nya. Walau hamba-Nya membunuh 100 nyawa, atau lebih dari itu, andai hamba itu kembali kepada-Nya, maka Dia akan menerima.

Lihatlah kecintaan Allah SWT dalam ayat-Nya:

“Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir” Surah Yusuf ayat 12.

Allah tidak meninggalkan kita, walau seluruh dunia menyisihkan kita. Dia, menyuruh kita menyambungkan harapan kita kepada-Nya. Maka jangan berputus asa. Allah bersama kita.

Sedikit kepada yang suka menghina pendosa, ketahuilah bahawa Allah itu lebih mulia dan lebih besar dari kamu. Namun Allah pun berkasih sayang dan memberikan peluang. Kamu?

Kepada penghina yang berdosa

Satu benda saya nak cakap, jangan sesekali kita rasa kita ini sudah sempurna. Hati kita ini, di hujung kekuasasaan Allah SWT untuk membalikkannya. Jangan ingat, hari ini kita beriman, esok kita akan beriman lagi. Sepatutnya kita menjaga keimanan kita, dan menjaga pula keimanan kawan-kawan kita. Bukan membiarkan mereka di dalam lubang kehinaan selama-lamanya.

Ada satu kisah, berkenaan seorang alim. Satu hari dia berjalan, kemudian terlanggar seorang nasrani. Semasa terlanggar itu, si alim berkata: “Tak guna punya ahli neraka”

Si Nasrani marah. Si Nasrani berkata: “Apakah kau yang memegang neraka? Maka saksikanlah bahawasanya aku ini naik saksi bahawa Allah itu tuhanku, tiada tuhan selain Dia, dan Muhammad itu Rasul-Nya” Kemudian Si Nasrani meninggalkan si alim itu.

Si Alim meneruskan perjalanan, akhirnya dia melalui sebuah rumah. Keluar dari rumah itu gadis yang sangat cantik, hingga memikat dirinya. Maka dia segera bhertemu dengan ayah perempuan itu, meminta untuk dikahwinkan dengannya. Rupanya, keluarga itu adalah keluarga nasrani. Si Ayah berkata:

“Jika kau hendak mengahwini anakku, maka masuklah ke agamaku ini, dan bekerjalah sebagai penternak khinzirku selama beberapa bulan”

Oleh kerana hatinya sudah sawan dengan perempuan itu, tanpa sedar, lelaki alim tadi bersetuju.

Satu ketika, lelaki nasrani yang sudah Islam tadi, melalui kembali jalan itu dan terserempak dengan lelaki alim tadi yang sedang mengembala khinzir.

“Apa yang sudah berlaku kepada kamu wahai muslim?”

Si alim tadi menjawab: “Kerana aku menghinamu, maka Allah menukarkan kedudukan kita”

Ini kisah buat ingat-ingatan kepada yang suka menghina pendosa.

Saya nampak bahawa, orang yang berdosa ini perlu kita bimbing. Lagi-lagi yang berdosa dari galangan tersungkur. Yakni awal-awal dia baik, kemudian dia buat dosa. Sebenarnya, sesiapa yang menyisihkan pendosa, maka dia telah berdosa secara tidak langsungnya.

Orang berdosa, patut kita dekati dan rancang untuk mengubah mereka. Bukan kita hina, tinggalkan dia terkontang kanting. Kata da’ie?

Penutup: Sahabat, jangan bersedih

Kepada sahabatku yang terpalit dengan lumpuran dosa, ketahuilah bahawa kamu tidak keseorangan. Aku pun bukanlah manusia sempurna. Sama-sama kita berdosa. Sama-sama juga aku mengajak kamu untuk kembali kepada Yang Esa. Hinaan orang sekeliling kita bukanlah penutup pintu taubat-Nya.

Taubat Allah hanya tertutup kepada dua perkara: 1. Mati 2. Matahari Terbit Dari Barat.

Selain itu, maka berkejar-kejaranlah kita mencapai keampunan-Nya.

Memang susah nak tinggal dosa kita, tapi kita kena usaha. Macam usahanya pembunuh 100 di dalam hadith Nabi riwayat Muslim. Lelaki itu, tidak sempat bertaubat pun. Dia baru sahaja bergerak untuk bertaubat. Tapi Allah telah mengampunkannya dan memasukkanya ke dalam syurga. Kerana dia telah bergerak kepada-Nya.

Maka jangan kita lengah. Biar seluruh dunia menghina kita. Jangan kita jadikan itu pelambat langkahan kita kepada Allah SWT.

Saya ada satu kata-kata sebagai perkongsian:

“Sahabat, ana ni, nak pimpin tangan dengan enta masuk syurga. Jadi, kalau enta terjun ke dalam neraka sekali pun, ana akan terjun dalam api itu untuk tarik tangan enta semula”

Sebab saya ini sahabat anda. Dan andai saya ini pula yang tersungkur, saya suka kalau ada yang menghulurkan tangan. Manusia ini, perlu sokong menyokong, nasihat menasihati, bantu membantu. Baru ada sempurna menyempurnai.

Sama-sama lah kita. Jangan berputus asa dengan hinaan orang.

Kita bergerak kepada Allah yang langsung tidak menghina kita.

Allah, yang akan mengampunkan dosa-dosa kita.

Penyejuk Hati..=)

Sumber Asal:http://ms.langitilahi.com/perkongsian-kalau-cinta-putus%E2%80%A6/

Sebuah blog yang sungguh bermakna...memberi impak yang sangat besar dalam diriku. Mungkin itulah juga dikatakan "Penyejuk Hati"...=)



“Hilal, aku putus cinta. Nak buat macam mana?” Seorang sahabat memberitahu saya baru-baru ini.

“Tengah sedih ni” Tambah dia lagi, menyentuh hati saya.

Putus cinta, nak buat macam mana?

Soalan yang susah. Bukan susah untuk menjawab. Tapi susah untuk membuatkan jawapan saya itu difahami. Tapi bila dengar sahabat saya cakap macam itu, saya rasa macam ada satu tanggungjawab terpikul atas bahu saya.

“Nanti kau baca kat Langit Ilahi yek” itu yang saya cakap.

Bro, aku tak tahu tulisan ni boleh tenangkan hati kau ke tak, boleh selesaikan masalah kau atau tidak, tapi ni kira aku cuba bantu la, ni usaha aku. Aku tak publish kau siapa, sebab aku nak jadikan benda ni umum, agar orang lain boleh kongsi sekali.

Baca perlahan-lahan bro. Moga Allah permudahkan kau. Kepada pembaca sekalian, mari bersama-sama…

Kita muhasabah cinta kita.

Kenapa Bercinta?

Kenapa kita bercinta dengan orang yang kita cinta?

Sedap tak soalan tu? Kalau tak sedap pun, saya rasa, pembaca kena jadikan sedap juga la. Sebab saya rasa, itulah soalan terpenting sekali, sebelum kita masuk bab menghadapi putus cinta.

Kenapa? Kenapa kita bercinta? Kenapa jatuh cinta?

“Syok-syok”, “Dah semua orang ada couple”, “Tak macho la bro kalau tade awek”, “Dia lawa seh”, “Dia kacak”, “Sebab dia Anak orang kaya”, “Dia solehah”, “Dia alim” dan macam-macam jawapan lagi. Ada macam-macam sebab boleh menyebabkan hati kita terpaut dengan seseorang itu.

Kenapa anda bercinta? Jatuh cinta? Atas sebab apa?

Ini adalah point terpenting untuk anda perhatikan. Baik jika anda ini belum lagi pernah bercinta, mahupun sedang bercinta, ataupun sudah putus cinta. Kenapa bercinta? Sebab apa jatuh cinta?

Saya tak mahu bahas panjang fasal ni. Tapi satu perkara saya nak cakap:

“Sebab yang rapuh, tak akan mampu membuatkan cinta kita utuh. Sebab yang lemah, tak akan mampu membuatkan cinta kita gagah. Sebab yang main-main, tak akan mampu membuatkan cinta kita bertahan hingga ke syurga Rabbul ‘Alamin”

Jodoh di tangan Allah, Usaha di tangan kita

Ada orang, dia memilih untuk meninggalkan permasalahan ini.

“Jodoh tu Allah dah susun…”

Begitulah jawapannya. Pasrah, redha. Awal-awal saya kata, artikel saya taklah nak kata pada orang yang berpegangan sebegini, bahawa pegangan anda salah. Cuma, saya tidak berpegang dengan pegangan sedemikian.

Jodoh, Allah memang dah tetapkan. Usalah macam mana pun, jodoh itu tetap Allah dah sediakan. Kahwin dengan siapa, bertahan atau tidak, dapat kahwin ke atau terus bujang trang tang tang, semua itu Allah dah susun.

Tapi, kita manusia, tidak tahu Allah susun macam mana. Saya ulang, kita manusia, TIDAK TAHU, Allah susun macam mana, bagaimana, untuk kita. Sebab itu, manusia di tangannya ada usaha. Allah SWT sendiri menyuruh manusia berusaha. Rasulullah SAW sendiri menggesa manusia berusaha.

Namun persoalan di sini, bagaimanakah berusaha dalam hal ini?

Dengan bercouple kah? Dengan mengorat kah? Dengan menggoda kah? Dengan sms-sms kah? Dengan bergayut telefon sampai habis kredit kah? Dengan pergi dating kah?

Ini, satu lagi soalan penting yang perlu anda perhatikan.

Cinta itu adalah ibadah

Ya, cinta itu adalah ibadah sebenarnya. Kerana Allah SWT menyatakan bahawa kehidupan ini adalah ibadah. Cinta adalah sub kepada kehidupan kita. Maka cinta itu adalah ibadah, sekiranya cinta itu berdiri atas dua perkara:

1. Jalan untuk bercinta, merupakan jalan yang Allah SWT redha.

2. Bercinta itu ikhlas hanya kerana Allah SWT.

Saya cakap awal-awal, kalau dua syarat ini tidak diambil, maka sebenarnya cintanya tadi cinta yang kosong sahaja. Bukanlah saya yang mempunyai kuasa untuk menilai sesuatu amal itu diterima atau tidak, tetapi syarat amal diterima begitulah yang ditetapkan di dalam Islam.

Kalau anda ikhlas bercinta, tetapi tidak pula bercinta atas cara yang Allah redha, maka apakah itu ibadah? Mustahil. Kalau anda bercinta ikut cara syara’, tak ikhtilat, tak bergaul bebas dan sebagainya, tapi anda tak ikhlas pun bercinta, main-main, saja syok-syok, suka-suka, atau ada niat lain hendak mempergunakan pasangan anda sebab dia kaya, dia cantik hensem, dan sebagainya, maka itu juga tidak berguna.

Cinta itu adalah ibadah.

Cuma nak menjadikannya dikira sebagai ibadah, itu kita perlu kembali merujuk kepada usaha kita.

Apakah usaha kita usaha yang Allah redha?

Di sinilah jawapannya

Bro, sinilah jawapannya pada apa yang kau tanyakan kepada aku.

“Hilal, aku putus cinta. Nak buat macam mana?”

Apabila kau sudah duduk sebentar, dan bermuhasabah, kenapa sebelum ini kau bercinta, maka aku hendak kau lihat sebab kau itu.

Banyak mana pun sebab yang ada dalam dunia ini, kita boleh bahagikan semua sebab itu kepada dua.

1. Kerana Allah.

2. Bukan kerana Allah.

Kau suka dia semata-mata sebab dia cantik, sebab dia kaya, sebab dia hensem, sebab dia macam-macamlah, termasuklah sebab dia solehah sekalipun, maka itu masuk nombor dua.

Tapi kalau kau cintakan dia, semata-mata kerana Allah. Kau cari yang lawa sebab lawa tu adalah salah satu ciri yang Rasulullah sebut, kau cari yang berada sebab yang berada itu pun antara ciri yang Rasulullah sebut, kau cari yang berketurunan baik-baik, sebab itu pun ciri yang Rasulullah sebut, kau cari yang solehah, sebab kau nak dia nanti jaga anak kau dengan baik, tarbiyyah anak kau dengan baik, jaga diri kau dengan baik agar keluarga kau membesar dalam keadaan Allah redha, maka itu semua masuk nombor satu.

Beza tau suka seseorang itu sebab dia soleh dan solehah, dengan suka seseorang yang soleh atau solehah itu dengan hajat agar dengan kesolehannya itu dia mampu membimbing kita ke jalan yang Allah redha.

Jadi sebab kau yang mana?

Kau akan menemui masalah, putus asa, kecewa, apabila kau memilih sebab-sebab di bawah kategori dua.

Tapi, kalau sebab-sebab kau bercinta itu di bawah kategori satu, maka aku rasa, tiada masalah apa-apa. Kau selamat. Kalau cinta kau berterusan, kau selamat dunia akhirat. Kalau kau putus cinta sekalipun pun, kau tetap selamat. Selamat dari kekecewaan yang mengharu birukan.

Orang kategori satu dan orang kategori dua

Orang yang cintanya, didirikan atas kategori pertama, yakni kerana Allah, maka dia tidak akan mempunyai masalah. Sedih itu biasa la. Tapi insyaAllah, sedihnya tak akan panjang. Tak sampai setengah hari pun insyaAllah.

Orang yang bercinta atas dasar kategori pertama, dia tidak akan melanggar batasan syara’. Dia tidak akan berusaha dengan cara yang Allah SWT larang. Usahanya bersih. Malah usahanya tidak termasuk dalam kategori yang orang kata sekarang, mengorat, menggoda.

Kenapa tak termasuk dalam kategori mengorat? Sebab dia yakin jodoh itu di tangan Allah SWT.

Mesti ada yang tanya: “Habis, mana usaha? Tadi kata kena usaha?”

Inilah uniknya orang yang mendirikan cintanya atas dasar iman, kerana Allah SWT semata-mata. Bukan kerana kecantikan, bukan kerana harta, bukan kerapa apa-apa yang tidak kekal. Dia usaha juga. Tapi tahukah apa usaha orang kategori pertama?

Usahanya lebih kepada peningkatan dirinya, persediaannya menjadi suami, persediaannya menjadi bapa, persediaannya untuk menghadapi kehidupan berkeluarga. Maksud persediaan-persediaan di sini, tak sikit pun dimaksudkan dengan persediaan duit ya. Duit nak tanggung anak, nak tanggung isteri, nak tanggung majlis kahwin, itu nombor 10.

Seorang pakcik pernah cakap, yang saya ini kena kahwin awal. Saya kata saya tiada duit. Dia tersengih kemudian berkata: “Duit penting tapi tak sepenting ini” Sambil meletakkan jari telunjuknya di dada saya, memaksudkan hati. “Hati ini yang kena sediakan dahulu. Siap yang ni, insyaAllah, lepas itu Allah akan permudahkan”

Persediaan yang dimaksudkan adalah persediaan untuk memikul tanggungjawab-tanggungjawab itu, tanggungjawab nak jaga akhirat isteri, tanggungjawab nak jaga akhirat anak, tanggungjawab nak menjaga hubungan mereka dengan Allah, tanggungjawab hendak membawa keluarga, hidup atas jalan yang Allah redha. Begitu juga perempuan, tanggungjawab nak jadi ibu, tanggungjawab nak jadi isteri, pendidik kepada anak, penjaga kepada suami, nak bawa keluarga kepada apa yang Allah redha.

Siapa yang sebelum dia approach pasangan dia, fikir fasal benda ni dahulu?

Atau anda fikir: “Ni semua lepas kahwin boleh fikir…”

Memang ada manusia fikir macam itu. Katanya, masa bercinta ni, masa hot, masa ni la nak bermadu asmara puas-puas. Ha… bila habis madu sepah dibuang, bila putus cinta nyawa pula terbuang. Mula kes frust menonggeng la, kelar tangan la, terjun bangunan, kunci bilik tak keluar berhari-hari la.

Apabila kita bina cinta kita atas dasar ini, kita bercinta pun atas jalan yang bersih, atas jalan yang Allah redha, cinta kita adalah semata-mata kerana Allah, nak harapkan redha Allah, maka kalau cinta kita yang macam ini punya baik putus….

Ketahuilah bahawasanya kita akan automatik redha. Percayalah cakap saya.

Sebab apa kita akan automatik redha?

Orang yang cintanya terbina atas dasar ini, cintanya tidak akan terus sampai ke pasangannya terlebih dahulu. Cintanya akan sampai kepada Allah SWT terlebih dahulu. Allah itulah sebab dia bercinta. Dengan cara yang Allah suruhlah dia bercinta. Maka apabila Allah yang merupakan matlamatnya ini, memberikan natijah bahawa dia dengan pasangannya yang disukai itu tiada jodoh, tak dapat bersama, maka dia akan redha.

“Ini tandanya, perempuan itu bukan yang terbaik untuk aku. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku”

Ya… itulah dia kekuatan orang yang mengambil kategori pertama sebagai dasar cintanya. Kekuatan keimanan, keyakinan, bahawa Allah SWT tidak akan mengecewakannya. Buat apa kita nak kecewa dengan natijah yang Allah SWT berikan kepada kita? Kita bukan tak usaha, kita bukan buat benda yang Allah larang. Kenapa nak sedih? Kenapa nak terjun bangunan? Kenapa nak frust menonggeng?

Dia tak mempersiapkan dirinya tadi, untuk perempuan atau lelaki. Dia mempersiapkan dirinya tadi, untuk memenuhi tanggungjawabnya kepada Allah, nak jadi suami yang Allah redha, nak jadi bapa yang Allah redha, nak jadi isteri yang Allah redha, nak jadi ibu yang Allah redha, nak usaha bawa keluarga, ke arah yang Allah redha. Bukan kerana pasangannya. Maka bila tak dapat pasangannya itu, apa punca kesedihannya?

Tiada. Inilah dia kekuatan, kelebihan.

Sedih sikit, itu lumrah la bro. Siapa tak sedih kan? Tapi ketahuilah, kalau cinta kita terbina dari kategori pertama, sedih kita tak akan panjang. Sebab kita sedar, kita faham, kita tahu, kita rasa yang Allah SWT itulah sebab kenapa kita bercinta. Allah SWT tak akan zalim pada kita bro. Dia hendak berikan yang terbaik pada kita. Yakin dengan yang ini, kau tak akan bersedih hati lama-lama.

Orang kategori kedua, banyak la contohnya pada zaman hari ini. Serah segala-galanya pada pasangan yang di’chenta’inya. Sampai ada yang sanggup jual badan. Tak apa pegang-pegang, raba-raba sana sini. Kononnya cinta, nanti kahwin juga. Tak apa tidur sama-sama, kononnya nanti nak bersama juga. Tak apa dating-dating, kononnya nak taaruf. Serah segala benda, katanya cinta. Duit habis, itu ini tergadai, peraturan Allah langgar, kemudian tup tup cinta putus….

Siapa yang tak terjun bangunan kalau macam itu?

Penutupnya, marilah kita perbaiki cinta-cinta kita

Di sinilah pembaca, dan bro yang saya/aku(Saya sembang ngan bro ni aku kau) ‘cinta’ kerana Allah, di sinilah kita kena lihat semula.

Hari ini, masyarakat nampak bercinta itu macam mana? Apa yang masyarakat katakan sebagai cinta lelaki perempuan hari ini?

Kita, kita bercinta bagaimana?

Bila bercinta, pernahkah kita fikir apakah percintaan kita itu dikira oleh Allah SWT atau tidak?

Sebab kan, siapa lagi nak berikan keceriaan di hati kita, kelapangan, kekuatan, kebahagiaan dalam hidup kita lepas putus cinta, lepas mengharungi dugaan dan cabaran, kalau bukan Allah SWT yang menciptakan kita, yang paling dekat dengan kita?

Allah SWT, sebab itulah kita letakkan, Allah SWT lah cinta kita yang pertama, matlamat kita dalam segala-galanya. Tiada yang lebih cintakan kita daripada Allah SWT. Cuma kita sahaja yang tidak mendalami cinta-Nya kepada kita.

Mari bercinta.

Bercinta kerana Allah, dengan cara yang Allah SWT luluskan. Bersih, selamat, bebas dari kekecewaan.

Monday, November 16, 2009

Rintihan - Hijjaz

Biar berlinangan air mata

Ku takkan hentikannya

Biarkan ia menyembuh luka

Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku

Oh sungguh ku tak ku mampu menghadapi semua itu

Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan

Bisa meleraikan iman

Kan hancur semuanya

Walau menitis air mata darah

Tak bisa merubah segalanya

Melainkan taubat nasuha

Moga kan diterima

Ya Rabb…Ya Rabb..

Namun ku percaya

Masih ada kesudahannya

Kerana Allah itu

Maha kaya maha mendengar

Rintihan hamba-hambanya

Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya

Pasti akan ada

Jalan keluarnya

Rezeki yang tidak disangka-sangka

Cukup Allah baginya

Berkuasa segala-galanya

Terima seadanya

AGAMA

semalam lpas anta fiza balik, aku msuk dalam bilik..kemas barang2 masukkan dalam stor. Then, mandi2 n relax2 jap..tak tau knape kaki ni sejak terseliuh ari tu, dah x berapa kuat macam dulu..ari ni sepanjang ari kaki jadi lenguh semacam je..kadang2 pelik gak tapi dr ckp xde ape2..huhu.

Bila dok dalam bilik..tengok keadaan bilik yang dah kosong, tiba-tiba hati & jiwaku rasa sunyi+kosong...Sesungguhnya inilah perasaan yang paling ku benci..nak lawan rasa sunyi ni sangat memerlukan tahap kekuatan yang tinggi..Ya Allah. Mayb sebab tulah jihad nafsu lagi besar berbanding jihad lain..kalO kita berjaya melawan nafsu yang menguasai diri, itu satu petanda yang sangat baik..

Bila dah rasa kosong gnie, ati tiba2 jadi sebak..ntahla memang x bOleh nak dielakkan. Setiap kali rasa sunyi aku mesti pk macam2..pk tentang sesuatu yang tak patOt aku pk..pk tentang sesuatu yang pastinya membuatkan hati aku jadi lebih sedih dan pastinya x kan membuatkan hatiku bahagia + tenang...Tapi aku cuba lawan..bkak ym, layan fb, men msg ngan fiza n my belOved sister(tp kejap je cOz diorang ad hal)...Last2 dah x tau nak buat apa lagi, aku tengOk cd kOrea tapi cd tu pulak tersekat2..dugaan...

nak semayang pon x bOleh coz Allah bagi aku cuti 'rehat' jap..huhu. Sokmo gnie..kadang2 aku rasa aku lebih rela x period, asalkan aku bOleh trus smayang dan mengadu kat DIA..tapi x boleh sebab aku harus bersyukur dengan nikmat yang satu itu..astaghfirullahalazim. Dah x tau nk buat ape, nak study pOn bru je lpas exam td so ingat malam ni nak rest dlu esOk baru mula..last2 aku amik keputusan, tutup lampu n tidO...=). Conclusionnye, memang x dapat dinafikan bahawa masa lapang adalah musuh utama bagi remaja+golongan muda...so, cubala lawan, isikan dengan perkara2 yang berfaedah!!!!!!

Dsebabkan aku slalu bgn pada awal pagi jd tidurku sedikit terganggu..tiap 2 jam skali pasti otomatik aku terbangun dengan sendiri..tapi skang tengah 'cuti'..so, x bOleh nk buat cam biasa. pkOl 4 aku tersedar, aku terpikir kan sesuatu...

apa sebenarnya yang ada dalam diriku???
1) bagiku, kecantikan tu memang dah tak wujud dalam diriku...sebab aku biasa2 je.Rupa paras memang jauh kalo nak dibandingkan dengan orang lain..
2) harta???lagilaa...mak ayah aku bukannya orang yang berharta...aku ni lagila xde harta langsung.keje pOn x lagi..semuanya bergantung pada duit ptptn, mak ayah n adik beradik..
3) keturunan????sah2la aku ni bukan dari keturunan yang terhormat @ disanjung tinggi...orang biasa2 je...
4)Agama????dan rasanye ini sahajala penyelamat dan harta yang paling bernilai yang aku ada..even aku xde rupa+harta+keturunan baik2 tapi aku masih ada agama untuk dipertahankan...

bila dibayangkan, kalola aku x menjaga agama aku baik2...apa lagi yang tinggal dalam diriku??sedangkan kalo nak kawen pOn, orang lelaki akan tengok pada 4 perkara tu,,

kecantikan
harta kekayaan
keturunan
agama
so, hari ni aku pk...apa yang penting skang, aku patot menjaga agamaku sebaik mungkin..sebab hanya itu yang ada pada diriku...Ya Allah, permudahkanlah bagiku setiap urusan sama ada duniawi & ukhrawi...amin.

Wednesday, November 11, 2009

Erti Kehidupan


Kita sememangnya belajar menerusi pengalaman. Setiap pengalaman itu dikutip dalam kehidupan yang dilalui seharian. Baik buruk, sedih gembira hari-hari yang dilalui sebenarnya mengajarkan kita tentang erti sebuah kehidupan....

Pada hari ini, terdetik dalam hatiku untuk mencoret apa yang aku pelajari sepanjang hidup ini...

1) Jangan mudah percaya pada kata-kata yang diluahkan sebab kadang-kadang apa yang dikatakan sebenarnya tak seindah rupa...

2) Jangan terlalu baik dengan orang sebab kadang-kadang orang akan tikam belakang kita

3) Jangan terlalu menjaga hati orang sebab orang x semestinya menjaga hati kita

4) Jangan terlalu bergantung pada orang, cubalah hidup berdikari sebab sampai suatu masa orang akan tinggalkan kita

5) Jangan terhutang budi pada orang, kelak bila sampai masa dia meminta budinya dibalas dan pada masa itu kita x berupaya membalasnya ia hanya membuatkan kita kesal pada diri sendiri..

6) Jangan terlalu terbuka dengan semua orang...

7)Jangan terlalu menyayangi seseorang, mungkin dia akan menjadi musuh kita

8)Jangan terlalu membenci seseorang, mungkin dia akan menjadi orang yang paling disukai kita

9) Jangan suka mencari keaiban orang, sebab kita sendiri pun tidak sempurna sepenuhnya..

10)Jangan suka menceritakan keburukan orang, belum tentu orang tak cerita keburukan kita...

Rasanya banyak lagi, tapi ini sahaja yang boleh aku coretkan berdasarkan pengalaman hidupku sepanjang 22 tahun ni...Sesungguhnya hanya kepada Allahlah ku bergantung harap dan DIAlah sebaik2 pelindung...ameen.


Tuesday, November 10, 2009

Budayakan Hidup Dengan AL-QURAN

artikel asal: www.iluvislam.com (oleh lifeoaku)

aku tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh ili pada hari ini dan harapnya dapat memuhasabahkan diri ini dan juga pada sesiapa yang membaca blog ini....

Sewaktu kecil dulu, orang tua-tua selalu cakap : kalau tak khatam al-quran 30 juzuk, nanti tak boleh berkhatan.

Rasanya, itulah petua orang-orang dahulu yang diguna pakai untuk mentarbiyah anak-anak supaya membaca al-quran dan mengkhatamnya. Apa lagi, sebab takut tak dikhatankan, masing-masing berlumba-lumba untuk menghabiskannya.

Walaupun seolah terpaksa, namun kadang-kadang perlu juga dibuat begitu. Itupun masih ada yang malas. Iya! Budaya membaca al-quran. Nampak remeh, namun ramai yang mengabaikannya.



Pengalaman di bumi Mesir


Pengalaman berada di bumi mesir, banyak yang boleh dijadikan pengajaran dan juga panduan. Contohnya, pada suatu hari sewaktu di dalam bas yang begitu sesak dengan penumpang, saya terlihat seorang mak cik sedang membaca al-quran dalam keadaan berdiri.

Terdetik di hati saya ”huh! bagusnya makcik tu”.

Pada petangnya, dalam perjalanan pulang ke rumah, di dalam keretapi, saya melihat seorang pak cik sedang membaca al-quran dengan gaya bersahaja juga dalam keadaan berdiri. Tindak balas yang sama juga saya berikan kepadanya atas kesungguhan beliau membaca al-quran tanpa menghiraukan orang ramai disekelilingnya.

Beberapa minggu yang lalu, di atas jejambat, saya terlihat seorang polis yang sedang bertugas di pos kawalannya, masih sempat lagi membaca al-quran. Kalau mereka ini sedang membaca majalah atau komik, sedah tentu terdetik di hati kita: eh! dah takde tempat lain agaknya nak baca semua tu.

Di Mesir juga, saya sempat memerhati polis-polis yang mengawal keselamatan samaada di jalan raya atau tempat-tempat tertentu, kebanyakannya mereka menjaga solat mereka. Dari satu sudut kadang-kadang kita dapat lihat seperti mereka ini seolah telah melanggar etika kerja mereka sebagai seorang polis, namun atas sebab tanggungjawab sebagai seorang Muslim, mereka tidak mengaibaikan kefardhuan solat itu.

Apa tidaknya, senjata-senjata yang mereka pegang, ditinggalkan begitu sahaja di sebelah dinding masjid untuk seketika.

Kalau di Malaysia mungkin ianya telah menyalahi etika atau undang-undang dalam akta keselamatan. Namun begitu, bagi masyarakat Mesir, sudah menjadi kebiasaan, bagi orang seperti saya yang melihat mereka cara hidup mereka, amatlah kagum walaupun dari satu aspek yang lain saya tidak berapa setuju.

Orang kata buang yang keruh, ambillah yang jernih. Cara hidup beginilah yang sepatutnya kita contohi tidak kira di mana posisi kita berada baik sebagai rakyat biasa sehinggalah kepada pemimpin negara.

Kita patut bertanya kepada diri kita sendiri, mengapa terlampau banyak sangat gejala-gejala sosial, jenayah dan bermacam-macam lagi perkara-perkara mungkar telah berlaku di negara kita. Jika difikirkan, bukankah negara kita adalah sebuah negara Islam?

Dan apa yang kita dapat lihat juga, bagaimana institusi polis di Malaysia sering dikaitkan dengan gejala rasuah, kezaliman dan sebagainya. Bukankah ianya telah menjatuhkan intergriti polis sebagai satu badan yang betanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara?

Dalam hal ini, mungkin skopnya lebih umum dengan tajuk yang saya ketengahkan. Namun tiadalah bezanya kerana ianya saling kait mengait diantara satu sama lain. Persoalannya di sini, benarkah polis-polis di Malaysia kurang menerapkan cara hidup Islam di dalam tugas mereka?

Saya serahkan kepada semua untuk menilainya. Kerana apa yang saya dapat lihat di Mesir, polis-polisnya jauh berbeza, dan dari satu sudut mungkin boleh dikatakan polis Malaysia adalah lebih baik. Namun, dari satu sudut melalui perspektif saya khususnya dalam bab cara hidup Islam, saya dapat lihat kebanyakan polis-polis di Mesir lebih baik dan patut di puji.

Yang pasti, sebenarnya kita semua perlu kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar. Dan salah satu darinya ialah budaya membaca al-quran.

Di manakah Al-Quran dalam kehidupan kita seharian?

Berbalik kepada fokus yang hendak saya sampaikan tadi iaitu membaca al-quran dan kebetulan pula semalam, saya sempat menghadiri satu sesi tazkirah dan memang kebetulan juga tajuk tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz itu berkisarkan kehidupan manusia dengan al-quran.

Kupasan tajuk yang ringan namun menginsafkan. "Bersama-sama dengan al-quran", antara ungkapan yang diucapkan olehnya (pentazkirah). Bila dikoreksi kembali, sejauh manakah kebersamaan hidup kita ini dengan al-quran.

Skop membaca ini masih kecil jika dibandingkan dengan mengamalkannya. Secara logiknya, kalau membaca pun kita tidak dapat buat, apatah lagi untuk mengamalkannya?

Saya sering memuhasabah, dan apa yang saya dapat lihat ialah hari ini dalam tidak sedar kita sering silap dalam meletakkan prioriti sesuatu perkara. Kalau ditanya, boleh atau tidak kita membaca majalah, sudah tentu jawapannya boleh. Bagaimana pula dengan membaca al-quran? apatah lagi!

Tetapi, kita lebih berminat untuk membaca majalah. Hari ini, kita seharusnya koreksi kembali, bahawa salah satu punca kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela di muka bumi adalah disebabkan tiadanya jiwa atau roh islam itu sendiri.

Jiwa kita kosong bahkan ianya diisi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Contohnya, membaca majalah-majalah hiburan, menghabiskan masa ke program-program maksiat seperti konsert-kensert artis yang terang-terang telah melanggar batas-batas syara’, realiti yang tidak dapat disangkal lagi.

Perkara ini jelas menginsafkan saya. Apa tidaknya, kalau kita sanggup berkorban masa untuk perkara-perkara yang sia-sia atau lebih teruk lagi kepada perkara-perkara maksiat yang sudah tentu mendapat kemurkaan Allah s.w.t mengapa tidak kita berkorban saja masa kita untuk membaca al-quran. Ianya adalah satu sumber untuk kita mendapatkan kekuatan dari aspek kerohanian. Iya! kekuatan rohani.

Mungkin kemampuan kita tak dapat menandingi orang-orang terdahulu seperti imam As-Syafei yang mampu mengkhatamkan al-quran sebanyak dua kali sehari. Lebih mengkagumkan ialah beliau menghabiskannya di dalam solat pada bulan puasa. Subhanallah!

Hari ini kita nak baca satu ayat pun kadang-kadang susah bahkan tidak terdetik lansung dalam hati ini ada niat untuk membacanya, Nauzubillah min zalik. Kalau kita menunaikan tanggungjawab kefardhuan solat lima waktu masih lagi bernasib baik, tapi bagaimana kalau solat fardhu pun kita tidak tunaikannya. Satu ayat bahkan satu huruf pun kita tidak menyebutnya.

Inilah salah satu amalan atau cara hidup muslim yang sebenar disamping menunaikan tanggungjawab yang lain. Mungkinlah jika hendak dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti yang lain, tak dapat untuk dibandingkan sekiranya kita mengharapkan habuan material semata-mata.

Maka, di sinilah tahap keimanan dan kepercayaan kita terhadap janji-janji Allah diuji. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak pernah mungkir janji. Bila disebut soal ganjaran atau kelebihan maka orang yang selayaknya untuk menerima ganjaran itu sudah tentu orang yang berbuat kebaikan.

Dan kelebihan orang yang bersama-sama dengan al-quran telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda menyeru kepada kita semua supaya membaca al-quran kerana dengannya ia akan memberikan syafaat kepada kita di hari akhirat nanti.

Selain itu, Rasulullah s.a.w juga memberitahu bahwa sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-quran akan diganjari dengan satu kebaikan dan setiap kebaikan itu diganda dengan sepuluh kebaikan. Begitulah kasihnya Allah swt terhadap hambanya.

Namun, oleh sebab hati kita sudah diikat dengan habuan dunia, maka kita lupa bahkan seolah tidak mempercayai janji-janji Allah itu, hasilnya, hidup kita jauh dengan al-quran.

Persoalannya : adakah ianya ada dalam pemikiran kita tika ini? Astaghfirullah!!! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi maha penyayang.

Sebenarnya tiada alasan untuk kita umat Islam lari daripada menunaikan tanggungjawab kita terhadap al-quran, kalau membaca itu sudah kita anggap berat apatah lagi untuk mengamalkannya. Alasan tidak pandai membaca bagi saya sudah tidak relevan lagi pada hari ini. Kalau nak seribu daya, kalau taknak beribu alasannya.

Inilah masalah yang sering kita hadapi bahkan ianya sudah menjadi satu penyakit yang sinonim dikalangan umat Islam. Mahu tapi ego, atau mahu tapi malu? Kalau marah orang memanggil kita bodoh, tapi mengapa kita tidak marah bodohnya diri kita kerana tidak mahu menjadi pandai? Fikirkan sejenak.

Tanggungjawab kita pada Al-Quran



Seterusnya, dalam sesi tazkirah tersebut, ada juga menyebut tentang kewajipan yang patut kita tunaikan dalam hidup bersama al-quran iaitu menjadikan bacaan al-quran itu sebagai wirid harian kita. Sekurang-kurangnya ada ayat al-quran yang kita baca setiap hari. Ini lebih baik jika dibandingkan tidak ada lansung ataupun daripada lidah kita dibasahkan dengan lirik-lirik lagu yang tidak bermanfaat.

Jika mampu sekurang-kurangnya dalam masa tiga puluh hari itu kita dapat mengkhatamkan al-quran sebanyak sekali khatam. Jika kita mampu lebih dari itu lagi sekurang-kurangnya, setiap tiga hari kita khatam seperti mana yang diceritakan agaimana Rasulullah s.a.w menjawab pertanyaan Ibnu Umar tentang tempoh mengkhatamkan membaca al-quran.

Kemudian dijelaskan pula bahawa kewajiban yang perlu kita tunaikan ialah mempelajari bacaan al-quran dengan betul. Inilah tanggungjawab kita dalam memperbaiki dan mempercantikkan bacaan kita.

Walaubagaimanapun, kita tidak diberatkan sehingga sesuatu perkara itu menjadi penghalang untuk kita membacanya.

Contohnya bagi orang yang lidahnya susah untuk menyebut atau membaca al-quran makanya Rasulullah s.a.w ada menyebutkan perihal orang yang sebegini dan baginda menyeru supaya untuk diteruskan membaca al-quran kerana bagi mereka ada ganjarannya juga.

Seterusnya, kita juga hendaklah terkesan dengan bacaan kita atau dengan kata yang lain ialah memerhati dan menyelami maksud-maksud setiap ayat yang kita baca. Kita boleh jadikan kisah bagaimana Saidina Umar sebagai contoh ikutan di mana beliau pernah tidak sedarkan diri selama sebulan kerana membaca syat yang berkaitan dengan azab Allah s.wt.

Hari ini, kita nak menangis pun belum tentu. Dan tanggungjawab kita yang seterusnya ialah kita hendaklah menjaga hafalan serta mengulang ayat-ayat al-quran yang telah dan pernah kita hafal.

Untuk akhirnya yang paling penting sekali ialah mengamalkan isi-isinya. Ketahuilah sesungguhnya al-quran itu boleh menjadi hujah bagi kita, tidak kurang juga al-quran juga boleh menjadi musuh kita di akhirat nanti. Nauzubillah min zalik.

Oleh sebab itulah, al-quran itu bukan sahaja untuk di baca semata-mata. Akan tetapi ianya perlu disertai dengan penghayatan serta perlaksanaan dan inilah yang menjadi kewajiban bagi kita semua.

Begitulah sedikit panduan serta peringatan yang boleh dikongsi bersama supaya kita ini tidak tergolong dikalangan orang-orang akan menyesal suatu hari nanti.

Remeh yang menginsafkan.

Begitulah realiti yang kita sedang lalui pada hari ini. Dalam tak sedar kita telah mengabaikan tanggungjawab yang asas sebagai umat Islam. Budaya hidup bersama al-quran. Mudah-mudahan kita membudayakan hidup kita dengannya, bukan kita membudayakan al-quran dengan hidup dan kehendak kita.

Islam itu yang seharusnya memerintah, bukan kita yang memerintah Islam sepertimana yang kita dapat lihat pada hari ini.


"Sungguh, Al-Quran ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus dan memberi kabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan kebajikan, bahwa mereka akan mendapat pahala yang besar,"(Al-Isra':9)



Sunday, November 8, 2009

Exam Oh Exam!!!!!

hurmmm.....skang ni musim final exam bagi bdak2 U include myself..huhu. Detik yang paling x best bagi sOrang student rasenye,...kan best kalo kita belajar je, x yah exam???mayb tgu aku jadi canselOr dlu kOt, bru aku gubal undang2 ni untuk U aku...hehe..=).

Rsernye ni la exam paling teruk dalam idup aku selepas Sijil Pelajaran Malaysia a.k.a SPM..haha.hurmm, ntahla....dengan asementnya yang hancur, ntah hape2 aku buat...time presentation tersedar lambat smpai x sempat nk present baik2, dengan study last minitnye,dapat tau carry mark plak rendah..... dengan otak yang serabut dengan macam2 benda lagi....ARGHHHHH!!!!!!!tensiOn+tensiOn+tensiOn...Ya Allah, kembalikan semangatku yang hilang...tOlong!!!

bru exam dua paper, ade 3 paper ag....dua paper tu pOn dah hancur, x tau jwb ape...LSP dengan soalan strukturnye susah gler+ essay yg karut marut..da la x reti bi padahal blaja bi dari darjah 1 ag..da 15 tahun blaja bi, tapi..x maju2 pOn...y???y???

tadi exam ekO buruh pon cenggitu gak...aiseh..study punya la lame..ari2 dOk mengadap nOta yang sm sampai naik muak.tp bl tny x bOleh nk explain n jwb gak..huhu. Sory r kt sOrang member tu..aku bkn kedekut ilmu, tp aku sendiri x tau ape kna ngan otak aku sem ni..susah sgt nk msk n phm even da byk kali khatam...carry mark da la dpt B-, kOnon2 nk skOr final exam ni, backup result..last2 tengOkla apa yang aku da jawab tadi....uwaaaaaa!!!!sedihnye...=(

Nak d jdkan cerita, smalam bru je ayah aku call....meh kt tgk dialOg antara me n my parents smlm..

Mek: "slamat ari jadi"
aku: hehe...igt gOk dia ari jadi ore...mano adiohnyo???
mek: adioh xdOp. tepung bungkus adola...
aku:haha...ore xse adiOh, ore nk mek maye ajat n dOa kokghe bOleh jwb peksO ni...bOleh result mOlex. tu jah..
mek: hok tu doa sOkmo dh..jap lagi mek maye ajat pulOk, v bOleh jwb peksO. dOa v blh jd ore besar2...
aku: oloh...wak gapo jadi ore besar??ore nk jd cikgu jah...dOala v ore blh to' laki "ore besar", yo lo jgok..nnt ore blh ata duit dio ko mek byk2...hahaha.kalu ore jd ore besar nnt, ore x igt ko mek plok..haaa..gane??
mek: hok tu pon doa sOkmo..xse v terkaburla..
aku:terkabur???gapo dio tu?
mek: terkabur tu takot x napOk dh mek ayoh esOk2 bl sene...
aku:oooo...ho, dOp eh....
mek:mn ayOh?
ayoh: "epy beday to u"
aku: aduu..naling!!!epy beday to u nah..adioh mn nyo??nk v gapo kokghe??
ayoh:nk v duit...
aku:duit???brp juta nk v....hahaha
ayOh:banyOk.....
aku:ore xse jgok duit banyok2 tu, ore nk ayOh maye ajat & doa kokghe v bOleh jwb peksO n boleh result molex jah...
ayOh:hoo...hok tu doa sokmo2 dh..(sm dg jwpn mk aku)


sO, bl pk2 balik apa yg dibualkan...rasa sebak semacam je sebab diorang begitu mengharapkan kejayaanku. Sedangkan aku sem ni rasernye sgt teruk...mintak maaf mek ayoh kalo hasilnya nanti x dapat memuaskan hati kalian..apa2 pun aku akancuba bt yg terbaik...

"Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku."(Taha:114)

aku xnak pk ag 2 paper yg dah lepas tu, yg pasti aku cb struggle 3 paperyg seterusnya..harap sgt2 bOleh backup 2 paper tu..amen. aku dah berusaha sebaik mungkin, semOga Allah memberikan kejayaan yang setimpal dengan usaha yang dah dilakukan..inshaAllah. lagipun aku penah dengar satu pepatah dari buku La Tahzan...ayatnye lbeh kurang gnie ah.."janganlah kamu merenung perkara yang telah berlalu. Memikul beban duka hanya akan membuatmu GILA". So suzie...lu pk la sendiri!!!!

Dengan itu, jangan mudah berputus asa dan teruskan berusaha...banyak insan yang sedang menantikan kejayaanku nanti....Ya ALLAH, berikanlahku kesempatan untuk membahagiakan kedua orang tuaku serta adik beradikku dan berikanlah mereka kesempatan untuk melihat kejayaanku. Sesungguhnya mereka telah banyak berkorban dan bersusah-payah untukku....ameen."


"......Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesunguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau harapkan." (Asy-Syarh:5-8)

Subhanallah....lihatlah ayat ini....di dalamnya terkandung maksud yang begitu mendalam. Sesuai dengan apa yang berlaku padaku kini. Jadi, berbaik sangkalah dengan Allah. Sesungguhnya setiap kesulitan itu ada kemudahan. Jangan pandang belakang lagi sebab masa yang berlalu x bOleh diundur lagi..Cuma, teruskan berusaha, baca buku banyak2, study smart, jage kesihatan baik2, mintak dOa banyak2 n berserahlah padaNYA. Dalam erti kata lain...TAWAKAL...=)

p/s:semoga bOleh jawab dengan baik untuk paper pgt 223, pgt 227 n seu 226..inshaAllah. suzie channgg, GAMBATEDAIYYOO!!!!!


Saturday, November 7, 2009

ari ni 08 NOV 2009....



"Dan ALLAH mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan, dan hati nurani agar kamu bersyukur." (An-Nahl: 78)

Dimulakan dengan sepotong ayat yang diberikan oleh seorang sahabatku tepat jam 12.01 minit malam. Ayat yang dirasakan cukup bermakna buat diriku sebab pada hari ini genaplah usiaku 22 tahun hidup di bumi ALLAH ini....ALHAMDULILLAH. Ku panjatkan rasa syukur kepadaMU Ya Allah kerana masih memberi peluang kepadaku untuk menghargai nikmat dunia yang sementara ini dengan memperbaiki diri dengan amal soleh bagi mencapai keredhaanMU di singgahsana nanti...ameen. Dengan menjelangnya tarikh keramat ini juga menandakan bahawa usia ku semakin bertambah dan tanpa disedari ajalku juga semakin menghampiri...Ya Allah, sejauhmanakah amalanku padaMu selama ini???

Bagiku, tiada apa-apa yang istimewa dengan tarikh ini. Semua perasaan bercampur menjadi satu. Rasa hepi, sedih, terharu, bangga, bersyukur dan macam-macam ada...Nak tau kenapa???

HEPY????
Ye la, sape x hepy sambut ulang tahun kelahiran sendiri???huhu..mesti semuanya rasa hepi include myself. Uihh...siap tunggu ag detik jam 12 mlm.nak tau sape 1st wish n seterusnya...haha(cam bdak2 je). tapi sebenarnya sebelom kol 12 tu pOn da ader insan2 yang wish,..nak tau sape??orang tu adalah kema, pikin, ibnOr n pjOt (rumet sendiri tu yg x tahan)..haha.Then kol 12 tu, aku sbnrnya da tdO tp terjaga cOz bunyi msg...tottt...tottt...nak tau dari sape??semestinya dari sahabat yang paling aku sayang n paling memahami diriku...KEMA!!thanks 4 da wish...sob3 (terharunya). n then dari dila, munirah, sufa, abang ipar (abe On), eda,ema,adah n ramai ag...via msg, fb n ym...ap2 pOn...thanxs semua!!!May GOD bless all of us..amin..

Dalam byk2 msg ni...yang paling best adalah msg dari
1) Kema
2) Abe On
-lain daripada yg lain..msg dia camni.."selamat ulang tahun kelahiran. semoga cepat ditemukan jodoh"...haha.Sindir ke ape tu????
3) anak2 sedaraku (sungguj terharu cz diOrang igt gak befday aku)
-"mok teh, hepy befday...frOm ina, ikram, sOlehah n nazihah."

SEDIH????
ermm....sedih sebab dah mendaki satu usia anak tangga. Dan masa yang telah berlalu dirasakan begitu jauh meninggalkanku. Yang pastinya, x boleh nak undur balik dah...rase mcm dah banyak masa yang aku sia-siakan sepanjang 22 tahun hidup di bumi Allah ni..sob3..sob3..=(. Harapakanku masa yang mendatang akan aku gunakan dengan sebaik mungkin..inshaAllah.
Lagi satu benda yg membuatkan hatiku rase sedih dan dadaku sebak....hurmm...sebenarnya, tahun ni terlalu banyak ujian yang perlu aku tempuhi..subhanallah. kehilangan insan-insan yang sangat aku sayangi..hurmm..dan aku juga menanti ucapan dari seseorang yang pernah mendiami hatiku suatu masa dulu..adakah dia masih ingat tarikh ini @ begitu mudah dia melupakan semuanya????Yang pastinya...sehingga ke saat ini, It's NOTHING!!Ya Allah, berikanlah ku ketabahan...

TERHARU??
terharu sebab aku masih dikelilingi oleh sahabat2 dan kaum keluarga yang masih dan tetap menyayangiku sehingga ke hari ini....alhamdulillah. Merekalah pembakar semangatku dan pendorong hidupku untuk melangkah dengan lebih yakin pada hari-hari yang mendatang...


"Dan janganlah kamu (merasa lemah), dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman." Al-Imran:139









Friday, November 6, 2009

Special 4 my bEloved sist@h.....=)

^HePy BeFd@Y^

ari ni genap 14 tahun umO adikku yg sorang tu,...hehe. Walaupun hubungan aku dengan dia x serapat ema..tapi dia tetap adik kesayanganku.Susah nak cari pengganti..Tak rapat bukan ape, prangai dia kengkadang pelik daripada yang lain....kalO tiba time dia HANGIN (especially time adik bradik aku semua ada + orang ramai kat rumah), huh memang cukup menguji keimanan..kadang2 bOleh sabar, tapi kadang2..hurmm...darah muda ni mlepas jgak!hehe..tapi, walaupun prangai dia pelik tapi ada byk perkara yang aku suka pasal dia.kadang2 aku rasa aku x bOleh jadi macam dia..huhu.
  1. dia la insan yang paling rajin tolong mak aku....
  2. dia la insan yg paling mudah mudah mintak tOlong...
  3. dia cukup rajin mengemas rumah, sapu sampah, jemur baju..
  4. dia la peneman mak ayah aku time orang lain xde kat kampung..
  5. dia ckup pemurah esp bila aku mintak blanje...=))
  6. diala satu2nya adik-bradik yang ade penyakit..JANTUNG BERLUBANG..sob2 =(

apa-apa pOn, aku nak jgak selitkan pasal dia dalam blOg ni, walaupun aku tau dia xkan baca..hehe. so, dengan kesempatan yang ada ni...aku nak ucapkan "Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 14"...dOaku semoga SHAMIMI AIZA BT MAT JUSOF:

  • dipanjangkan umO
  • dimurahkan rezeki
  • cepat sembuh
  • sihat dan hepi sOkmo
  • berjaya dalam semua lapangan (duniawi ukhrawi)
  • bahagia di dunia dan akhirat

.....amin ya Rabbil alamin....


BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN


  • Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
  • Menyibukkan hati dengan merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku kepadaNYA.
  • Hati akan terseksa dengan barah rindu.
  • Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan laknatullah.
  • Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
  • Aku boleh menjadi tak rasional berfikir apabila benar-benar mabuk cinta.
  • Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
  • Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik dan mana yang buruk untuk diriku.
  • Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya...

Nauzubillah!!!

^SEKADAR RENUNGAN^

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada ALLAH,
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada ALLAH,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada ALLAH.

Ya ALLAH,
andainya dia adalah jodohku
yang ditetapkan oleh-MU kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-MU,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-MU.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-MU kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah,
dalam mengharungi ujian,
yang KAU berikan kepadaku...

..amin ya Rabbal alamin..

.....NASIHAT AGUNG.....

Seseorang telah menasihati Ibrahim ibn Adham dengan mengemukakan beberapa nasihat iaitu:

SATU: Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

DUA: Orang yang banyak makannya janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah daripadanya.

TIGA: Orang yang cinta akan dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.

EMPAT: Orang yang melupakan kematiannya janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

LIMA: Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

ENAM: Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredhaan ALLAH kepadanya.

Demikianlah nasihat gurunya kepadanya....

p/s: semoga diriku tidak termasuk dalam golongan ini..nauzubillah..

Thursday, November 5, 2009

-MY PRECIOUS MESSAGE-

Bila kau letih dan hilang semangat,
ALLAH tahu betapa kau telah berusaha sedaya upayamu..
Bila tangismu berpanjangan & hatimu kedukaan,
ALLAH telah mengira titisan air matamu...
Bila kau rasa ketinggalan & masa pula meninggalkan,
ALLAH sentiasa di sisimu...
Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan,
ALLAH adalah penyelesaiannya...
Bila kau merasai semuanya tidak bererti buatmu,keliru & kecewa,
Ingatlah ALLAH ada jawapannya...


p/s: i got this msg from sum1 that i love...=(


Hurmm...sedih memang sedih tapi bila pk balik, semua itu pasti ada hikmahnya. kan?kan?kan?...=).walau apa pun yang berlaku aku yakin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku. Doaku semoga dia sentiasa dilindungi Allah tak kira bila dan di mana dia berada..ameen.



"......Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..."(Al-Baqarah:216).






.....AKHIRNYA.....

ALHAMDULILLAH.......
akhirnya, aku berjaya menghasilkan sebuah blog...sebelum ni aku cuma reti baca blog orang je, tp dengan keizinan ALLAH SWT akhirnya aku pon BOLEH menghasilkan blog sendiri..ni pon dengan bantuan my beloved frenz KEMA..thanks kema!! walaupun masih banyak kekurangan tapi xpe..slow2..esOk lusa expert ah tu..inshaAllah..dengan adanye blog ni, aku boleh tulis ape saje yg terlintas dalam pikiran ini. sekadar mengisi masa lapang dan memuhasabah diri..inshaAllah. lepas ni xyah susahkan kengkawan ag nak dengar masalah aku..diorang pun ada masalah diorang gak..huhu!!blog ni harapnye dapat dijadikan teman yang paling akrab denganku cz apa yg tertulis dalam blog ini adalah daripada ketulusan hatiku sendiri.....hehe.Semoga dengan adanya blog ini dapat membawa seribu makna dalam hidupku dalam mencari keredhaan ALLAH SWT..ameen.

p/s: rasa gembira yang teramat...alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..=)

...DOA ITU SENJATA MUKMIN...

Usai solat subuh pagi tadi, aku diberikan kesempatan untuk mengalunkan beberapa patah ayat suci al-Quran...Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri. Semasa membaca ayat-ayat suci itu, aku terpaku dan tertarik pada sepotong doa yang terkandung di dalamnya....

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari kejahatan yang diperbuatnya. (Mereka berdoa),

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkan kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir. (Al-Baqarah: 286)"

Subhanallah, sungguh...Al-Quran itu mengandungi segala-galanya..Sepanjang hidup ini, terlalu banyak ujian yang telah ditempuhi. Terkadang aku merasakan diriku sangat lemah, jiwaku sesak, dadaku sebak, tidak sanggup menanggung semuanya namun bila difikirkan kembali setiap ujian itu mengandungi hikmah disebaliknya. Aku juga sedar ujian itu menandakan bahawa Allah masih menyayangiku kerana tanpa ujian-ujian tersebut, hatiku mungkin lalai dariNya. Dengan ujian itu, aku sedar bahawa aku adalah milikNYA dan kepadaNYA aku kembali merintih, menangis, mengadu dan mengharapkan pertolongan agar setiap masalah yang melanda dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik...ameen.