Rahsia hati hanya ALLAH yang tahu...
"Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata buruk padahnya."
Kerana dia anak lelaki, aku dipersalahkan. kerana dia anak lelaki manja, aku harus mengalah. kerana dia mudah sensitif, semua orang perlu menjaga hatinya.
Hati yang satu ini dibiarkan hancur lumat, dipijak2kan, dituding2kan...sedangkan hati yang satu ini juga punya perasaan. Hati yang satu bertahan sudah lama namun jika berlebihan hati yang satu ini juga pasti akan tawar, hilang derianya...
Jika kehadiran seorang anak seperti ini hanya tau memecahbelahkan keluarga, jika kehadiran seorang anak ini hanya tahu bersikap kurang ajar dengan adik beradik, jika kehadiran seorang anak ini hanya melukakan hati ibu bapa maka kenapa anak ini perlu dibiarkan ada dalam keluarga itu????
Saya tahu apa yang saya buat, jika semuanya hanya nampak salah saya, tidak mengapalah. Anak ini sudah letih menjaga hati mereka-mereka semua sehinggakan anak ini mengabaikan hatinya sendiri. Kini, tibalah masanya untuk anak ini menjaga hatinya lebih dari hati-hati yang lain. Biarkan anak ini hidup bersendirian andai itu mampu mengubah segalanya. Andai kehilangan ini mampu mengembalikan sebuah kebahagiaan, aku rela....
Biar mereka semua mencemuhku, biar mereka semua mempersalahkanku..andai diri keseorangan masih ada disisi. DIA tidak pernah lari. Andai hilang sebuah keluarga, ak redha kerana aku yakin ALLAH sentiasa di sisiku...
Minta maaf pada mek ayah yang telah banyak bersusah payah membesarkanku. Aku sentiasa mendoakan kalian dari jauh namun hati ini tidak ingin kembali ke kampung lagi..Demi sebuah kebahagiaan, senyuman, anak ini rela mengorbankan diri. Hidup merantau tanpa ahli keluarga di sisi. Itu janji pada diri.
Sunday, May 5, 2013
Posted by shaziera87 at 7:12 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment