Betapa daku terlalu mendambakan sekeping hati yang damai, tenang dan patuh pada-Nya. Hati yang dipenuhi dengan rasa cinta hanya kepada ukhrawi dan tidak pada duniawi. Hati yang penuh dengan rasa cinta pada Nabi SAW dan ALLAH SWT...
Semua orang inginkan ketenangan namun tak semua orang dapat. Ketenangan hanya akan diperoleh apabila hati mengingati Tuhan seperti firman ALLAH SWT dalam Surah Ar-Rad;
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
Betapa ketenangan itu lebih berharga daripada rumah yang besar, duit berjuta-juta, kereta yang mahal dan dunia serta seisinya.
Justeru, diri ini perlu sentiasa memuhasabah diri, mengubah langkah agar hari-hari yang dilalui terisi. Terisi dengan sesuatu yang boleh membawa ketenangan pada hati.
Justeru, diri ini perlu sentiasa memuhasabah diri, mengubah langkah agar hari-hari yang dilalui terisi. Terisi dengan sesuatu yang boleh membawa ketenangan pada hati.
Firman ALLAH SWT;
"Dan jika hamba-hamba-Ku bertanya tentang Aku, maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku dekat. Aku akan kabulkan doa orang yang berdoa kepada-Ku." [Al-Baqarah 2: 186]
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosaku, dan menerima taubatku serta memberi kekuatan kepadaku untuk terus membaiki diri supaya menjadi hamba yang beriman dan berakhlak mulia..Allahumma amiin.

0 comments:
Post a Comment