Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani...
Ari ni dah masuk 14 Muharam 1431 H, maknanya dah 15 hari tahun baru berlalu..cuti sebulan tidak banyak yang dapat dilakukan even untuk menjenguk dan menaip post baru untuk QALBUN SALIM pun tidak berkesempatan. Semester 2 pun baru je bermula..alhamdulillah, pOinter sem lepas walaupun rendah pada sem sebelumnya tapi masih berada pada tahap selesa.
1431????Mungkin satu permulaan bagiku untuk menjadi seorang yang insan yang lebih baik daripada sebelumnya..insyaAllah. Kebetulan hari ini juga adalah hari terakhir bagi tahun 2009. Pastinya tahun 2009 akan berlalu dan tidak mungkin berulang lagi. Terlalu banyak kenangan sama ada pahit, manis, suka, duka, bahagia yang telah dilalui sepanjang 1430 & 2009. Setiap kenangan tersebut pastinya akan menjadi pengalaman yang cukup berharga dan guru yang baik dalam hidupku untuk terus mengorak langkah dalam dunia sementara ini dalam menyempurnakan diri menjadi seorang hamba kepada Penciptanya.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buatku…dan hanya kepada-Nya aku berlindung kerana Dia adalah sebaik-baik pelindung. Semoga apa yang telah dilalui akan memberi kesudahan yang baik pada akhirnya…amin. Kegagalan lalu pastinya akan menjadi guru terbaik untuk kejayaan pada masa akan datang..insyaAllah.
Sebuah lembaran baru telah dibuka, semoga perjalanan ini terus diberkati dan diredha-Nya. Hijrah ini mudah-mudahan dapat menjadikanku insan yang lebih baik daripada sebelum-sebelumnya dan semOga akan terus diperbaik dari semasa ke semasa…amin. Semoga ujian yang akan datang dapat ditempuhi dengan tabah.
“Ya Allah, kurniakanlah ku keyakinan yang benar-benar mantap untuk meneruskan langkah yang baik ini. Pimpinlah diriku, bantulah diriku dan tunjukkanlah aku jalan yang benar menuju ke syurgaMu. Berikanlah ku kekuatan dan ketenangan yang sebenar-benarnya agar aku dapat mengharungi setiap ujian yang diberikan dengan baik tanpa menjerumuskan aku ke lembah dosa..Nauzubillah. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosaku, kurniakanlah ku kebaikan di dunia & akhirat dan lindungilah aku daripada azab api neraka. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buatku dan sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang ada dalam hatiku, jadikanlah aku hamba yang redha dengan setiap takdir yang ditentukan olehMu dan jadikanlah aku hamba yang bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakan olehMu..Cukuplah Allah bagiku, Engkaulah sebaik-baik pelindung. Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang serta Maha Mendengar…Ampunkanlah dosaku, terimalah taubatku dan perkenankanlah doa hambaMu yang lemah dan hina ini…amin.”
Wednesday, December 30, 2009
Time is Running!!!
Posted by shaziera87 at 5:09 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
