Firman ALLAH SWT;
"Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang -orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (tinggal menetap) di dalam syurga-syurga yang penuh nikmat. (Di antaranya) SEKUMPULAN BESAR dari umat-umat manusia yang TERDAHULU; dan SEBILANGAN KECIL dari orang-orang yang datang KEMUDIAN." [Al-Waqi'ah 56: 10-14]
Sebilangan kecil daripada orang-orang yang datang kemudian? Saya adalah antara golongan ini. Ia pasti sukar tetapi tidak mustahil.
Kenapa? Peratusan besar mereka yang menghuni dunia dan sedang menjalani kehidupan sekarang sangat-sangat tidak berminat untuk menjadi golongan terpilih. Kehidupan dunia dilihat sebagai perhiasan yang sangat cantik dan menarik.
Sekali lagi, kenapa?
1) Berapa ramaikah yang solat Subuh berjemaah di masjid? Ia bilangan yang sangat sedikit.
2) Apabila Allah menimpakan sedikit ujian banjir, ramai yang gagal ke masjid. Lebih teruk lagi jika ditimpa ujian badan. Allahu akhbar, jika mereka ditahan di hospital, solat 5 waktu pun terabai.
3) Bilangan manusia yang mahu melaksana dan sanggup bangun pada sepertiga malam tersisa sangat sedikit.
Jika mahu menjadi golongan terpilih, kita harus melawan ujian-ujian ini supaya lulus cemerlang.
Saya mohon dengan rahmat-Mu ya ALLAH, berikanlah ku kekuatan dan ilham agar daku dapat berusaha untuk termasuk dalam golongan yang terpilih. Ampunkan dosaku dan terimalah taubatku Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.....allahumma amiin.
Tuesday, March 11, 2014
MAMPUKAH KITA untuk menjadi salah seorang daripada umat yang terpilih?
Posted by shaziera87 at 3:46 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment