CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 14, 2010

Kita minta apa yang kita mahu tapi Allah akan beri apa yang kita perlu...

Kadang-kadang sering terdetik dalam hati jahat...kenapa??kenapa jadi macam ni??kenapa bukan aku??kenapa mesti dia?? Ya ALLAH, kenapa?? persoalan ini bukannye boleh memberikan jawapan sebaliknya soalan inilah yang membunuh hati dan mindaku. Zaman untuk bersedih telah berlalu walaupun tak sepenuhnya tapi ia lebih baik berbanding dulu..Alhamdulillah.

Kini, walau apa pun yang terjadi aku tetap perlu mengorak langkah. Perjuangan masih perlu diteruskan. Lumrah hidup..x sentiasa lancar pasti ada onak duri yang harus direntasi. bak kata pepatah yang dipetik dari seorang kawan..."biarpun sendiri, aku tetap perlu BERDIRI". tetapi, bersendiriankah aku??aku masih punya mak, ayah, kakak, abang, adik2, teman2, sahabat, guru2..mereka ini sentiasa bersamaku meskipun mereka tidak tahu apa yang berlaku pada diriku. Namun, mereka jualah yang menceriakan hari2ku yang penah kunjung malap. seharusnya aku bersyukur kerana masih memiliki mereka dan bukannya aku hidup sebatang kara..alhamdulillah.

kini, aku berjanji pada diri sendiri untuk tidak bersedih lagi. kerana aku yakin janji ALLAH itu benar. semua kesedihan, keperitan, penderitaan yang dialami biarlah aku sahaja yang merasainya dan aku tahu masih ada yang memerhati, mengetahui dan memahami diriku lebih dari sesiapa pun..kerana DIA aku mesti bangkit. Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku..berikanlah aku petunjuk yang baik walau di mana sahaja aku berada dan jadikanlah aku hamba yang redha dengan setiap takdirmu. janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan olehku sendiri dan bimbinglah aku menuju ke jalanMu yang benar. Hanya kepadaMu aku memohon dan berkatilah aku..amin.

0 comments: