CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 27, 2010

INDAH KHABAR DARI RUPA

Setelah beberapa kali jatuh dan berusaha untuk bangun, ketika itu kita baru tersedar…siapakah yang sentiasa bersama kita tatkala suka ataupun duka. Ketika hati dilanda duka, kecewa, sedih disebabkan oleh tindakan sesetengah insane yang mungkin tidak tahu apa itu erti ‘menghargai’, insan yang sentiasa bersama dan sering member sokongan adalah ibu, ayah, adik-beradik dan juga beberapa orang ‘sahabat’. Mereka tidak pernah sekalipun meninggalkan kita dan yang pasti kasih saying mereka sentiasa bersama kita.

Mungkin itulah hikmah yang ingin ditunjukkan oleh Allah SWT di sebalik setiap musibah yang berlaku. Jangan terus berharap pada sesuatu yang tak pasti. Tinggalkan perkara-perkara yang tidak dapat memberimu kebahagiaan yang hakiki. Hanya kepadaNya kita berharap dan hanya daripada-Nya kita akan beroleh kebahagiaan itu..yakinlah!!! Tiada yang lebih mengetahui apa yang terselindung dalam hati dan benak fikiran kita melainkan DIA. Ya…hanya DIA..

Mungkin orang sekeliling melihat kita seorang yang ‘happy go lucky’, mudah mesra dengan orang, sering ketawa seolah-olah tiada masalah yang melanda dalam diri namun jauh di sudut hati masih ada bebanan yang perlu dipikul dan semua itu hanya DIA yang mengetahui…mungkin kawan-kawan agak ramai tapi mereka hanya kawan dan bukannya sahabat yang boleh menegur dan membawa kita kea rah kebaikan. Pastinya mereka hanya tampil ketika suka dan mereka akan pergi ketika kita berduka. Itu lumrah kehidupan dan harus diterima…

Kini, aku mula mempelajari sesuatu melalui kehidupan yang sementara ini. Seseorang akan cuba rapat atau berbaik dengan kita hanya untuk mendapatkan sesuatu. Sesuatu yang boleh memberi kepentingan padanya. Memang sukar untuk diterima tetapi itulah realitinya. Kawan yang disangka baik, tempat yang boleh diharapkan untuk mencurah luahan hati dan meminta sedikit nasihat dan teguran hanyalah palsu semata-mata. Tidak pernah terfikir bahawa kita hanya dijadikan sebagai alat yang boleh digunakan demi kepentingan sendiri. Memang diakui, diri ini terlalu banyak kelemahan dan kekurangan…terlalu mudah apabila diminta, tiada pendirian tetap, tidak berprinsip dan banyak lagi tapi janganlah dijadikan kelemahan itu sebagai alat untuk diperbodohkan kerana aku juga punya hati dan perasaan seperti kamu.

Kamu akan hadir bila memerlukan sesuatu, dan kamu akan membawa haluanmu setelah kamu sedar tiada apa lagi yang boleh diharapkan denganku. Aku tidak kisah jika yang melakukan itu adalah ‘orang luar’, orang yang tidak kukenali tapi insane itu adalah teman baikku sendiri. Kekesalan, kesedihan, kekecewaan itu pastinya hadir dalam hati ini. Aku sendiri tidak mahu bersyak wasangka denganmu, tidak mahu memikirkan sesuatu yang negative tentangmu tapi apabila perkara itu terlalu jelas pada pandanganku hanya itu yang mampu kuluahkan…KEKECEWAAN DAN KEPEDIHAN. Ternyata engkau juga seperti insan-insan lain yang tidak tahu apa itu erti ‘menghargai’. Mungkin kamu sudah berada di zon selesa [memiliki sesuatu yang tidak mampu aku miliki], itu yang menjadikanmu sebegitu.

Jika ada yang mendengar, maka nasihatku…carilah seorang “sahabat” bukannya kawan walaupun pada dasarnya “sahabat” itu sukar untuk ditemui. Berpegang teguhlah pada janji Allah dan percayalah pada pertolongan-Nya..insyaAllah. Dan buatmu teman, ingatlah bahawa sekali kau membuatku terluka, kamu tidak akan menjumpai diriku lagi untuk hari-hari mendatang. Insan yang kau lihat kini adalah seorang yang memendam rasa dan hipokrit dengan diri sendiri. Walaupun aku sendiri tidak mahu menjadi seperti itu namun itulah realitinya yang harus diterima oleh semua….

0 comments: