Buat insan-insan tersebut, secoret warkah buat kalian....
NUZUL HAKIMI
Seorang insan yang paling aku sayang dan betul2 cinta. Tak mungkin ada pengganti kerana yang pertama tetap takkan sama dengan yang seterusnya. Walaupun kasih sayang ini tetap dalam hatiku tapi perpisahan ini terpaksa diterima. Mungkin takdir dah tentukan yang kita tidak akan bersama..Terima kasih untuk pertemuan dan hubungan ini. Terima kasih kerana pernah memberiku ruang untuk berada dalam hatimu dan memberi peluang kepadaku untuk melabuhkan rasa cintaku walaupun pada hakikatnya itu sebenarnya tidak dibenarkan. setiap kenangan bersama..suka, duka, sedih, pedih semuanya akan berlipat kemas dalam hatiku. Sesungguhnya pengalaman itu akan mendewasakanku. Semoga dirimu akan sentiasa bahagia di dunia dan akhirat..amin.
"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu , padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [Al-Baqarah:216]
MOHD SHAHRIL HUSSIN
Mintak maaf sebab terpaksa menolak lamaranmu. Aku tak mungkin menerima seseorang yang tidak pasti @ tidak boleh menerimaku seadanya. Ikatan itu bukan untuk seketika tapi untuk selama-lamanya. Sampai bila-bila pun, dinding itu tetap akan wujud antara kita. minta maaf kalo berterus terang itu telah memusnahkan persahabatan kita tapi rasanya itu yang terbaik. Semoga dirimu akan berjumpa dengan insan yang betul2 layak untukmu dan keluargamu. Persahabatan ini takkan putus sampai bila2.
AMIR
Mintak maaf sebab terpaksa menolak cintamu suatu masa dulu. Mana mungkin hatiku dapat menerima dua cinta dalam satu masa. Sedangkan pada masa itu, kimi lebih mendapat tempat dalam hatiku. Terima kasih untuk setiap keprihatinan yang diberikan. Secara jujurnya, engkau lebih menjaga hatiku berbanding dia, sentiasa bersamaku tika suka dan duka, sentiasa mengambil berat akan diriku, memberiku semangat dan banyak lagi namun cinta itu tidak boleh dipaksa. Aku hanya boleh menganggapmu tidak lebih daripada seorang sahabat dan abang. Minta maaf sebab terpaksa menjauhkan diri buat seketika kerana aku takut aku terus memberimu harapan. Mungkin itu semua ada hikmahnya, dan yang pasti aku bukan jodohmu..Semoga perkahwinan itu dapat memberimu seribu kebahagiaan yang tidak boleh aku berikan. Dan semoga bahagia ke akhir hayat. Jaga dia baik2..=)
ABDUL HADI BIN ABDUL RAHMAN
Persahabatan ini takkan putus untuk selama-lamanya. Terima kasih kerana pernah memberiku semangat suatu ketika dulu. Kerana semangat itulah aku kini berada pada tahap ini. Sukar untuk kita bersatu seperti orang lain kerana aku hanyalah seorang insan biasa dan semestinya tidak layak untuk bersamamu. Engkau pasti mendapat insan yang sesuai dengan dirimu..insyaAllah. Jadilah "pilot" yang berjaya dunia & akhirat. Minta maaf sebab tak dapat menunaikan hasratmu yng satu itu...Doaku sentiasa yang terbaik buatmu..amin.
KADUK
Biarlah masa yang menentukannya...........Aku pastinya tidak layak untuk berada di sampingmu. Dan jika benar engkau adalah milikku, semoga Allah menyatukan kita dengan ikatan perkahwinan. Dan sekiranya engkau bukan milikku semoga Allah menyatukan kita sebagai persaudaraan islam. Biarlah masa yang ada memberi ruang kepadaku untuk menyempurnakan diriku menjadi seorang insan yang lebih baik dan solehah agar aku layak untuk berada disampingmu kelak..amin.
Monday, January 11, 2010
K.A.D.U.K
Posted by shaziera87 at 3:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment