Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Gerak hati ini sememangnya tidak pernah menipu. Sememangnya apa yang ku sangkakan selama ini akhirnya pastinya berlaku.
Hati mana yang tidak sedih, hati mana yang tidak menangis apabila kesudahannya tidak seperti yang diinginkan. Kebenaran itu memang menyakitkan tetapi penipuan yang menyakitkan lebih menyeksakan.
Akhirnya ini jalan yang terpaksa kuterima. Ini juga jalan yang telah Allah tunjukkan padaku atas berkat doaku selama ini. Allah itu Maha Penyayang pada hambanya, Dia tidak akan membiarkan hambanya begitu sahaja. Dia tidak ingin melihatku terus mengharapkan sesuatu yang sememangnya tidak akan menjadi milikku lagi. Dia juga tidak akan membiarkan kesedihan itu berpanjangan lagi.
Dan kerana itu, aku juga tahu...apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikanku walaupun dia terpaksa menahan rasa itu. Dan aku tahu dia turut merasai apa yang aku rasai. Air matanya membuktikan yang dia sebenarnya ikhlas denganku. Tapi jodoh memang bukan milik kita. Aku percaya Allah akan memberikan kita sesuatu yang lebih baik daripada ini.
Sayangku, sekiranya ini adalah yang terakhir...terima kasih untuk segalanya. Semoga pernikahan itu akan memberikan sinar kebahagiaan baru dalam hidupmu...Doaku kalian berbahagia dunia & akhirat..amin.
Thursday, January 21, 2010
Akhirnya ku temui jalan itu....
Posted by shaziera87 at 10:43 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
kenangan
yang pahit
biarkan ia perge
bersama lara
bersama seribu kelukaan
bersama sejta kepedihan
sesungguhnya
cinta manusia
tiada ke mana
cinta Pencipta-mu
yang kau perlu kejar
yang kau perlu pegang
Pencipta mu
Maha luas pengampunannya
hampirlah
kejarlah
dengan sekudus kemahuan
lafazlah cintamu
untuk Penciptamu
Post a Comment